untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Thursday, July 7, 2011

kamu ni Dr ke ahli politik?

Lama saya tidak menulis disini. Bukan kerana sibuk atau sudah jemu untuk menulis. Tak ada. Edisi kali ni saya mahu menulis sesantai yang mungkin ^_^. Sudah lama untuk saya menulis sesuatu yang santai. Maklumlah hari hari sebagai seorang pelajar, sesekali saya mahu terbang bebas jauh dari alam maya. Emmm.

Ada kawan tu berkata setiap kali aku tengok engkau ni Min, aku terasa macam nampak Dr Mahathir. Hahaha. tergelak besar saya. Dr Mahathir la pulak. Bukan saya tidak mahu menulis berkenaan perubatan, kehidupan saya disini, namun mungkin kekadang idea tidak ada. Namun saya banyak menulis berkenaan motivasi. Itu sudah tentu la memandangkan saya perlu kuatkan diri bila seringkali terasa sangat tertekan. Mak! I miss you so much !

Oh lupa nak berkongsi, saya sudah pun menjadi salah seorang dari sidang pengarang di http://www.fikrahislam.com/ . Indah bukan. Insya Allah artikel saya akan tersiar pada setiap hari Ahad. Sengaja saya memilih hari ahad memandangkan hari itu saya tersangat free dari kehidupan dunia perubatan. ^_^ Nak tengok artikel pertama disini . Cukuplah untuk permulaan bermula dengan adegan santai. :)

Antara 2 cita cita dan hobi itu adalah suatu yang sangat berlainan. Hobi saya untuk membaca berita berita bersifat politik dan isu semasa,  manakala cita cita untuk menjadi seorang Dr tidak akan terpadam dari kamus diari. Mana tahu suatu hari nanti saya mampu untuk menjadi Menteri Kesihatan . kan kan. Insya Allah. ^^

2 comments:

hazwani hamzah said...

pendek sangat post ni.. panjangkan sikit lg

aku dr amin said...

hahaha.time ni takde idea.just edisi santai je.nak yang panjang nantikan di fikrahislam.com :)