untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Friday, June 24, 2011

jom support ABAH.MY

pagi pagi ini, saya sempat menyelongkar ke halaman Ustaz Hasrizal ( Erti Hidup Untuk Memberi). Saya ternampak satu link yang agak menarik. Kalau sebelum ini, amat jarang untuk saya mengikuti perkembangan Saifulislam.com. Mungkin kerana terlalu banyak laman laman yang sudah menjadi koleksi peribadi saya disini . Membuatkan saya terkadang terlupa untuk menjenguk sesetengah laman yang cukup dekat dengan sebahagian sahabat sahabat saya yang sering mengikuti perkembangan http://saifulislam.com/ .

Koleksi peribadi? Yer. Inilah tempat dimana saya menyimpan segala koleksi koleksi link yang dirasakan amat bermanfaat untuk kehidupan peribadi saya sebagai seorang penuntut ilmu. kata kata Saidina Ali Karamalla Wajhah tentang ilmu : 
           
        Biarpun masa berlalu, ilmu tidak akan lapuk tetapi harta itu semakin lama semakin usang..

Indah bukan nilaian ilmu seperti yang dinukilkan itu. Moga saya juga akan menjadi seorang penuntut ilmu yang akan mementingkan apa pengertian nilaian ilmu disisi ini. 

Kembali kepada http://abah.my/ ianya satu usaha yang amat menarik sekali. Tak ramai yang bercakap tentang  seorang abah. Ia. Ramai yang seringkali bercakap tentang peranan seorang ayah dalam keluarga. Abah fungsinya untuk mewujudkan satu keluarga yang cemerlang. Fungsinya dimedan tempur. Membekalkan senjata kepada panglima panglima perang yang akan berjuang untuk hidup diatas muka bumi ini. Abah fungsinya adalah untuk mengerak tenaga menjana sumber kewangan agar institusi keluarga itu menjadi untuh dan kukuh. Abah juga fungsinya adalah untuk memujudkan keharmonian dalam rumah tangga. Kearah mana sebuah keluarga itu bergerak, abah adalah pemandunya. Andaikata abah itu cemerlang dalam pemanduannya, Insya Allah, cemerlanglah seluruh anggotanya, cemerlanglah kenderaannya, cemerlanglah enjinnya, cemerlanglah pemboncengnya. 

Namun andaikata abah itu menjadi seorang yang teruk, tidak matang, tidak cemerlang, seringkali melakukan kesalahan, agak agaknya kemana ia akan menghalakan kenderaannya, kemana ia akan menghalakan pemanduannya. Sudah pasti ia tidak akan membawa penumpangnya kearah yang diredhai Allah. kan. 

Kerana itulah, penghargaan patut diberi pada sang Abah. Ucapkanlah, terima kasih ayah! terima kasih abah! Kerana anda menjadi ayah yang terbaik untuk ibu dan juga untuk kami anak anakmu semua. 

Saya sering berpesan kepada diri sendiri, mampukah aku untuk mula menjadi seorang manusia yang sudah bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga? Mampukah aku untuk menjadi seorang suami yang terbaik untuk isteriku yang tercinta? Mampukah aku untuk mula membimbingnya kejalan yang Allah redhai seandainya aku sendiri kadang kadang hanyut dalam kisah kisah dunia yang amat mengkhayalkan? Atau aku sekadar menjadi seorang suami yang hanya mampu untuk memenuhi tuntutan kehidupan duniawa semata mata. 
Mampukah aku untuk membimbing zuriat yang akan dikurniakan Tuhan agar mereka menjadi manusia yang lebih baik dari diriku? mampukah aku untuk mengajar mereka untuk mengenali apa itu Allah, apa itu Islam? seandainya aku sendiri kadang kadanga terlupa rupanya aku seorang Muslim yang mempunyai batas batas tertentu yang perlu aku patuhi? Cukup payah kan.

Namun perkahwinan suatu anugerah Allah. Semua dari kita akan menghadapinya. Sebagai seorang lelaki yang akan bergelar sang suami, pasti beratnya tanggungjawab yang akan di hadapi. Ianya bukan sekadar ketawa kosng. Ianya bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan nafkah zahir mahupun batin yang sering meronta ronta. Ianya lebih dari itu. Kita bakal menjadi seorang Imam kepada sang isteri tercinta, kepada anak anak yang dikasihi. Kita akan menjaid seorang pemimpin. Pimpinlah mereka dengan cara terbaik. Bawalah mereka kejalan yang diredhai Allah. Moga keluarga yang kita miliki, adalah keluarga contoh bagaimana sebuah negara itu mengamalkan nilaian Islam. :) 

Marilah untuk kita mula keluar dari alam keremajaan kita yang seketika untuk kita berfikir, adakah kitasudah bersedia dengan segala tanggungjawab ini? Adakah sudah cukup ilmu ilmu didadaku untuk aku membimbingnya dalam melayari bahtera indah ini? Jika YA Alhamdulillah. 

Jika belum. Adakah kita mahu mendiamkan diri sahaja dan membiarkan aliran itu mengalir sendirinya. Ataupun aku perlu berusaha kearah yang lebih baik. Jom fikirkanlah sama sama. 

Akhirnya, carilah seorang wanita yang anda rasakan cocok untuk menjadi kekasih hati anda. Pada masa yang sama Ikhlaskan diri kita untuk menilai diri kita sendiri sebagai seorang lelaki samada kitta sesuai untuk mendapatkan manusia yang andaikata diri kita sendiri tidaklah sebaik mereka. Muhasabahlah diri kita.

 Saya dedikasikan ini untuk kakanda  Azuhan  yang akan melangsungkan pertunangan pada bulan 7 nanti seterusnya melangkah ke gerbang perkahwinan pada bulan 11 nanti. Tahniah!!

Amin Ismail
Manipal 7.42 a.m.

No comments: