untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Thursday, June 23, 2011

Dr Burhanuddin Alhelmy.

Kalau saya bertanya kepada kawan kawan saya yang hidup dan ilmu sejarahnya tidak lebih daripada apa yang kita perolehi dialam persekolahan, pasti amat sedikit dari mereka yang benar benar menganali siapa itu Dr Burhanuddin Al Helmy. Bacalah buku teks sejarah KBSM, saya pasti tidak sampai 5 kali pun namanya tersebut. Padahal Beliau antara manusia terawal bergelut untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan British sebelum adanya lagi UMNO pada waktu itu. 

Malah jika anda semua bertanya saya pun, pasti saya tidak mampu untuk menghurai panjangkan siapakah dia Tokoh ini. Iya saya tahu akan keterlibatannya dengan Perjuangan Kemerdekaan, perjuangannya dengan aktivisme, perjuangannya dalam Kesatuan Melayu Malaya (KMM) dan Parti Islam yang beliau pernah menjadi Presiden ke-3. 

Insya Allah, saya berjanji dengan diri sendiri untuk mula mengenali tokoh pejuang Melayu dan Islam yang cukup hebat ini. Saya ingin untuk meminta izin terhadap diri saya sendiri untuk mengambil sedikit masa dari juzuk juzuk masa yang saya miliki  untuk mula mengkaji siapakah dia Dr Burhanuddin Al Helmy ini. Seterusnya menjadikan beliau idola saya dan sahabat anak muda sekalian pada masa hadapan. Percayalah, Sejarah yang pernah kita pelajari satu masa dahulu di alam persekolahan samada KBSR mahupun KBSM tidak langsung mencakupi keseluruhannya apa yang pernah berlaku dalam tempoh tempoh kearah kemerdekaan negara kita pada masa lalu. Terpulang pada diri kita anak muda untuk kembali mencari nilai dan identiti yang pernah kita hilang. Sesungguhnya arus kemodenan itu amat deras mengalir, andaikata kita tidak bijak untuk mula memahami kembali nilai perjuangan dan matlamat dalam kehidupan ini, hancur musnahlah segala apa yang pernah diperjuangkan oleh datuk moyang kita. Masa masih ada untuk kita berfikir dan mengambil iktibar. Apa yang telahpun berlalu, biarlah ia menjadi tanda kenangan yang amat pahit. Segala sisa yang masih berbaki, moga ia menjadi harta yang paling berharga untuk kita nikmati. 
 
Antara kata kata  beliau dalam sebuah buku bertajuk Falsafah Kebangsaan Melayu, (saya petik disini ) beliau menekankan terhadap topik Kebangsaan Dalam Islam. Beliau menulis : 

“Islam memandang kebangsaan itu sebagai suatu alat bukan tujuan. Kebangsaan hendaklah mengambil tempat yang sederhana dan bulat sebagai suatu lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu bahagian tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang besar dan abadi, sebagimana Islam memandang dunia bukan tujuan tetapi hanya satu alat atau tunggangan yang menyampaikan ke akhirat”. (Burhanuddin 1954)
'
Antara kata kata indah Dr Burhanuddin:

            Di atas robohan kota Melaka
                Kita bangunkan jiwa merdeka
            Bersatulah Melayu seluruh baka
                Membela hak keadilan pusaka

                (Kota Melaka, 1946)


No comments: