untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Monday, June 20, 2011

Jom dapatkan Majalah I edisi Jun dipasaran sekarang




Alhamdulillah, akhirnya artikel saya yang bertajuk Travelog Iman : Melihat Toleransi Islam Di Negara Taj Mahal telah pun disiarkan dalam Majalah I keluaran Kumpulan Karangkraf edisi Jun yang boleh didapati dipasaran. Pada muka surat 4 halaman majalah ini iaitu dalam ruangan isi kandungan, disertakan gambar saya bersama Dr Zakir Naik dalam pertemuan singkat kami sewaktu kami dalam kapal terbang dalam perjalanan ke bumi para nabi (Mesir).

Artikel Travelog Iman ini boleh dibaca pada halaman 3 muka surat bermula pada halaman 64, 65 dan 66 dan memuatkan 9 keping gambar. antara isi kandungannya adalah meliputi 1. Introduction pelajar Malaysia di bumi India 2. sistem pengangkutan yang tersangat menarik 3. sejarah Islam di bumi Asia selatan dan perkaitannya dengan sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu 4. perbezaan mazhab yang diraikan 5. kehidupan masyarakat Islam di India dan akhirnya makanan ruji masyarakat India.

Ini adalah artikel ke 2 saya yang tersiar dalam majalah memandangkan artikel pertama pernah disiarkan dalam majalah Suara Kampus Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir PMRAM edisi Kelantan Bil. 43 pada halaman muka 49 dengan tajuk Mahasiswa Islam bertambah di Manipal.

jom dapatkan majalah I dipasaran sekarang. ^_^

semoga Allah kuatkan hati ini untuk terus menulis. 

No comments: