untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Wednesday, June 15, 2011

Jangan disangka dalam ruangan yang sempit itu tiada rezeki.

Saya tidak tahu apa tanggapan manusia lain tentang kehidupan. Tapi kehidupan adalah sesuatu yang indah bukan. cuba kita belajar untuk merenung hidup ini hanya untuk seketika.

 Pernahkah anda tersenyum riang pada suatu hari tatkala mendapat suatu khabar yang sangat menggembirakan. contohnya, anda telah selamat berkunjung kerumah bakal keluarga baru anda. Insya Allah, ikatan pertunangan sudah tersimpul. Hanya menuggu untuk dua hati yang jauh untuk bersatu menjadi satu.

Pernahkah anda pada suatu hari mengalami kemurungan yang tersangat. Masalahnya mungkin tidak kritikal untuk manusia lain, tetapi bagi anda, ianya telah mengganggu emosi anda pada waktu itu sehinggakan semua pekerjaan nampak tidak sempurna. boleh dikatakan pada hari itu hidup kita sudah tidak bermakna lagi. contohnya, anda ada 'presentation' yang perlu dilakukan, kemudian akibat dari perancangan yang tidak sempurna, anda dimarahi teruk oleh pensyarah.

Sifat seorang manusia. Allah sengaja menciptakan manusia dengan berperasaan. ada ketikanya perasaan sedih menyelubungi hidup, air mata tidak mampu ditahan. betapa deritanya ditinggalkan, betapa sengsaranya untuk menghambat perasaan yang menyelubungi. sekali lagi Allah menguji. sedih dan tidak bermaya. seringkali perasaan menyesal, perasaan kecewa perasaan berputus asa hadir. tatkala terdetik perasaan ketakutan, merasai penderitaan yang perit. terdetik dihati menyalahkan Yang Berkuasa diatas segala permasalahan. betapa pintu pintu cahaya masa depan seakan suram.

Tatkala itulah, Allah mengadirkan senyuman untuk anda. Kita lantas mengucapkan Ya Allah. ampunilah daku diatas keterlanjuranku untuk berputus asa dari rahmat dan kasih sayang Mu. Sebutlah Insya Allah, moga segala kurniaan Allah samada yang baik mahupun buruk hanya dia yang mengetahui batasan dan ketermampuan kita sebagai seorang manusia.

Hiduplah dengan penuh inspirasi dan kekuatan. segala halangan tempuhlah dengan penuh nilai ketabahan dan keazaman. Ya. aku akan berjuang sehingga detik detik terakhir dalam hidupku. ambillah pengajaran dari mereka yang pernah menempuh dugaan hidup. ambillah contoh dari mereka yang pernah jatuh dan berani untuk bangkit kembali. dicelah celah ruang yang sempit pun, jangan disangka tiada rezeki yang Allah simpan. kerana disitulah terletaknya rezeki yang Allah mahu kurniakan untuk makhluknya yang tidak terkelihatan pada pandangan mata kasar kita sebagai seorang manusia.

Apalagi. ayuh. mulakan hari ini dengan satu pengharapan dan satu semangat yang baru. Insya Allah, ada jalannya untuk kita terus hidup diatas muka bumi milik Allah ini. ingat lah Jangan disangka dalam ruangan yang sempit itu tiada rezeki.

No comments: