untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Monday, June 13, 2011

perubahan sikap (1)

Saya tidur agak awal kebelakangan ini, kadang kadang seawal jam 9 malam sudah terlena diatas katil yang tersangat empuk rasanya. Ianya mungkin kerana beberapa faktor, salah satunya saya sekarang ini sedang dalam 'posting' psychiatry. Tak banyak yang perlu dipelajari dan kelas pun agak tidak sesibuk kelas 'medicine' mahupun 'surgery'. Keduanya, cuaca di Manipal pada waktu ini adalah tersangat membuatkan saya mahu berhibernasi. Sejuk dan hujan saling berkaitan antara satu sama lain.

Tetapi itu juga satu keuntungan yang cukup besar. Tidur awal maknanya akan bangun awal juga. Pagi ini saya terbangun pada jam 3 pagi. Insya Allah selepas menulis artikel ini, tiada masalah untuk saya terus berjaga dengan segelas nescafe panas yang amat menyegarkan.

Perubahan sikap! Ada kawan kawan yang membaca artikel saya yang memohon untuk saya memperbanyakkan artikel berkaitan motivasi. Haha. Patutkah saya menjadi seorang pakar motivasi dikala saya sendiri pun kadang kadang hanyut dalam kehidupan, terasa semacam tiada tiang untuk ditambatkan diri ini. Sebenarnya hidup ini terlalu luas. Kita perlu memilih samada untuk menjadi sebahagian dari kehidupan ini, menjadi terasing dari kehidupan ataupun kita mahu keseluruhan dari dunia ini.

Kita tidak perlu memilih untuk menjadi terasing dari hidup ini. Sebagai seorang muslim, dunia tidak diciptakan untuk keperluan orang lain. Dunia diciptakan untuk kehidupan manusia yang bernama Muslim. Ianya jambatan ke Akhirat. Kita juga tidak perlu untuk mengambil keseluruhan dari isi dunia. Kerana ianya tridak diciptakan untuk kita semata mata. ianya diciptakan untuk dikongsi bersama dengan orang lain.

Pilihlah untuk menjadi sebahagian dari isi dunia. Kita patut menyumbang sesuatu untuk kebaikan bersama, pada masa sama kita hanya seorang manusia, ada had had mengikut kemampuan individu. seorang individu itu berbeza antara satu yang lain. sikap menolong dalam agama inilah yang teramat dititik beratkan dalam Islam memandangkan Islam mementingkan sikap berjemaah dalam berurusan. Muhammad itu juga hadirnya berteman dengan Khadijah sebagai kekasih di rumah, Abu Bakar sebagai kekasih dalam perjuangan, Umar sebagai perisai yang setia manakala Aisyah sebagai penghubung antara Rasul dan wanita wanita Islam yang mempunyai persoalan tentang kehidupan kewanitaan.

perubahan sikap ini amat penting memandangkan apa sahaja yang kita ingin lakukan ataupun bayangkan dalam hidup ini bermula dari dalam diri kita sendiri. Konflik dalaman inilah yang akan menentukan perjalanan kita pada esok hari.

artikel ini terpaksa saya hentikan setakat ini memandangkan tiba tiba safari yang saya gunakan 'restart' kembali. menyebabkan idea menjadi terencat. insya Allah akan bersambung nanti. :)

No comments: