untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Saturday, June 11, 2011

final Piala FA, Kelantan vs Terengganu

Asyik leka saya menonton perlawanan Piala FA antara Kelantan dan Terengganu. masakan tidak dua jaguh dari negeri pantai Timur bertemu. minggu lepas sudah bertemu dalam liga super, Kelantan menewaskan Terengganu 3 gol berbalas 0. Malam ini entah kenapa tidak enak rasanya, seakan Kelantan tidak mampu rasanya untuk mengulangi kejayaan seperti itu. Nah! jaringan pertama Kelantan tadi betul betul berjaya disamakan pemain lawan pada satu minit terakhir perlawanan hasil kesilapan jaringan sendiri.

Adus! kata saya kepada seorang teman. aku dah kata. kesilapan terakhir selalu ada. saya seakan sudah hilang perasaan untuk menonton perlawanan pada minit minit masa tambahan. takdir mungkin dari Allah agar kita tidak takabbur dan riyak dengan kejayaan yang lepas. satu langkah terakhir mampu mengubah dan mencipta sejarah baru dalam arena bola sepak Juara Piala FA. dan Terengganu sememangnya layak untuk dinobatkan sebagai juara. Tahniah Terengganu. Apapun , The Red Warriors tetap dihatiku. hehehe.

saya menonton perlawanan ini jauh dari sebuah negara benua asia selatan bernama India. ^_^

Amin Ismail

No comments: