untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Tuesday, May 31, 2011

kalam yang indah ^_^

hidup ini sangat mudah kalau kita sebagai manusia memahami maksud disebalik liku liku yang Dia wujudkan. terkadang kita mengingini sesuatu namun lain yang terjadi, rupanya Dia mahu memberikan sesuatu yang lain untuk kita. kerana itu salah satu sifat orang beriman adalah sentiasa akur pada takdir disebalik usaha dan pelbagai ikhtiar yang dilakukan. nampak jernih diwajahnya, redha dengan apa yang ditimpakan.


moga hari hari esok yang wujud dalam hidup kita mencerminkan ketenangan dan kebaikan yang ingin kita kumpulkan hasil dari tarbiyyah yang wujud. kita mampu berusaha untuk lari dari realiti kehidupan dan bermain main dalam alam berbentuk fantasi, namun dunia selamanya tidak mampu ditujah hanya dengan angan angan. cabaran pasti seringkali melanda diri. teguhlah seumpama akar akar yang kukuh. semakin diterjah badai ombak, semakin terus mampu berdiri megah menjunjung awan biru. niatkan dihati segala kebaikan yang ingin dilakukan hanya kerana keredhaan Allah. ingatlah seringkali tiada manusia yang sempurna sifatnya. andaikata kita tidak mampu menjunjung kalak Tuhan dengan segenggamnya, jangan kita lepaskan semua kerana akhirnya kita tahu dunia tidak sesekali mengimpikan kesempurnaan dari kita. cukuplah kalau kita mampu melafazkan kata kata, aku sebahagian dari manusia lain yang telah mencorakkan realiti di alam ini


kerana itu orang yang yakin pada qadha dan qadhardia tenang dalam gelisah. dia yakin pada masa depan yang cerah. kerana dunia ni hak Dia Allah yang maha berkuasa atas segalanya. tiada halangan yang tidak mampu diatasi, tiada cabaran yang tidak mampu di lawan. segalanya nampak cerah. mungkin keyakinan kita itu kena kuat bahawa disebalik mendung mendung yang tiba, sang pelangi akan memunculkan diri. keindahan itu sebenarnya bukan lahir dari dan nampak dari kacamata luaran, tapi ianya adalah anugerah Ilahi yang hadir dalam hati hati manusia. sesuatu yang buruk dalam sekelip mata mampu menjadi khasiat yang manis kerana adanya cahaya yang terpancar. seumpama air limau yang masam. campurkan sedikit gula dari cahaya Nur, pasti akan menjadi minuman yang paling lazat yang mampu kita nikmati .^_^


amin ismail
manipal, india.

No comments: