untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.): Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Saturday, May 28, 2011

saya Islam, tapi dia Cina Muslim^_^

sudah lama saya mencari kebenaran ini. Slogan Islam for All dilihat satu slogan yang terbaik. dari sehari demi sehari saya mula mahu mengenali siapa dia sahabat saya yang berada dimalaysia yang merupakan seorang muslim seperti saya tapi mahu dikenali sebagai seorang cina, seorang india. amat indah sekali. Benar kata kata tok guru, Islam menyatukan ummah, dengan kaum yang pelbagai di malaysia ini, hanya Islam yang boleh menyatukan hati hati kita dengan tanpa perasaan prejudis langsung kerana Allah telah mengikat hati hati kita kepada Islam. 

"Baiklah, apakah apabila anda masuk islam anda akan menjadi melayu? Di semenanjung yang sinonim dengan Melayu ialah mereka yang menganut ajaran agama Islam. Dalam kempen-kempen pemimpin melayu selalunya akan merentangkan slogan seperti ini untuk meraih sokongan daripada bangsa melayu:
“Umat Melayu Islam mesti bersatu”
“Jaga kepentingan Melayu dan Islam”
“Marilah bersatu demi Melayu dan Islam”
“Penting untuk Melayu dan Islam”
Persoalannya, kalau anda cina, india, bumiputera sabah dan sarawak memeluk islam, apakah anda perlu untuk berjuang pada bangsa melayu, dan hidup dengan budaya orang melayu?
Apakah perlu anda bersetuju dengan perjuangan mereka setelah anda memeluk islam?
Saya pernah ditanya oleh ahli keluarga mengenai perkara ini. Ketika itu kami sedang berbual dengan meriah di ruang tamu rumah kediaman.
Abang saya mewujudkan persoalan “Kamu kan sudah jadi melayu…. ”
Saya tersentak seketika apabila dia berkata begitu. Kemudian saya menjawab begini:
Sejak bila pula saya jadi orang melayu? Saya tetap berketurunan cina murut, saya tetap daripada keluarga ini, bagaimana pula saya boleh jadi melayu?”
Semua yang ada di ruang tamu itu senyap, kakak, abang, adik,dan ibu saya juga ada pada itu.
Saya menyambung,
“Kalau begitu macam mana pula saudara kita yang lain menganut agama kristian? Mereka tetap orang murut, tapi beragama kristian, bangsa adalah bangsa, agama tidak sama dengan bangsa” "
Kalam diatas bukanlah kalam dari saya, tapi ianya adalah luahan hati saudara saudara kita yang non malay tapi seorang Islam. Alhamdulillah, saya mula mahu mengenali mereka. anda juga saya menjemput untuk mengenali saudara muslim anda yang tidak sama Melayunya semacam anda. disini..FIKRAHISLAM.COM, LowYitKun

2 comments:

shahira ismail said...

saya setuju dr amin!100%. 200% pon bole.memang betol sgt kata tok guru.islam tu agama.dan sngt berbeza dengn bangsa.bahkan perjuangn bangsa dan perjuangn islam itu pon laen.sngt suka lihat bila orang bersatu kerana islm evento berbza bangsa ^^

Anonymous said...

saja nak tanya, apa tujuan Persatuan Cina Muslim Malaysia pula yer? Bukankh tujuannya untuk menolong bangsa Cina?