untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.): Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Thursday, May 5, 2011

kencing manis

sudah masuk minggu kedua posting surgery. ada penyakit yang common untuk diperhatikan. rata rata kebanyakan warga pertengahan adalah mereka yang mempunyai darah tinggi dan juga kencing manis. kalau mengikut orang tua tua , kencing manis pasti akan luka kaki dan kena potong. dari segi perubatannya memang tepat.

kebanyakan pesakit kencing manis yang datang ke hospital dengan luka dikaki (dari segi perubatannya dipanggil ulcer dikaki), andai luka ini tidak dijaga dan dirawat dengan betul ia boleh menyebabkan komplikasi yang serius dimana luka akibat penyakit kencing manis lebih mudah untuk di masuki oleh bakteria bakteria. bakteria ini akan berada dikawasan luka untuk jangka masa yang lama dan akan meresap sehingga ke tulang di bawah luka. antara komplikasinya adalah tulang akan mengalami kereputan (osteomyelitis). apa yang perlu dilakukan oleh surgeon adalah mengorek luka tersebut dan membuang tulang yang telah reput dan tulang tersebut terpaksa dipotong untuk menghalang dari infeksi merebak.

ada beberapa sebab kenapa luka akibat masalah kencing manis tidak sembuh. satunya adalah kerana pesakit kencing manis mempunyai kadar kandungan gula yang agak tinggi dalam darah, ini akan menyebabkan bakteria bakteria lebih mudah merebak kerana ada nutrisi untuk hidup.

kedua adalah kerana pesakit diabetis akan mengalami masalah diabetic microangiopathy dimana istilah ini merujuk kepada kapilari darah akan mengecut dan tidak dapat menghantar darah kepada kawasan organ badan terutamanya kawasan yang jauh seperti hujung kaki. ini akan menyebabkan darah tidak cukup dan akhirnya akan menyebabkan sel sel mati. ini dinamakan sebagai ganggrene. ganggrene ini perlu dirawat dengan memotong kawasan yang terlibat supaya infection tidak merebak.

sebab yang lain adalah pesakit diabetis akan mengalami sindrome diabetic neuropathy. ini bermaksud, sel sel neuron pesakit ini tidak akan berfungsi dan pesakit ini tidak akan dapat merasa sakit sekiranya kaki mengalami luka dan berdarah. biasanya kawasan di hujung kaki tidak akan dapat merasa sakit akibat dari sel saraf yang rosak.

pesakit diabetis biasanya akan mengalami luka yang tidak sembuh atau dalam bahasa perubatan dipanggil non healing ulcer. luka yang tidak sembuh ini perlu dirawat dengan segera kerana jika tidak dirawat, besar kemungkinan infeksi akan merebak dan akhirnya akan menyebabkan pesakit mungkin akan kehilangan kaki.

sekiranya pesakit mendapat luka ( ulcer) rawatan yang paling penting adalah 1. intramuscular insulin 2. antibiotik untuk melawan bakteria yang merebak 3. xray tulang untuk melihat samada ulcer merebak ke tulang (osteomyelitis) 4. penjagaan kebersihan diri. pesakit diabetis perlu dinasihatkan untuk memakai selipar dan menjaga sekitar celah kaki setiap malam sebelum tidur dengan air suam agar tiada luka terhasil. sekiranya ada luka luka kecil, pesakit perlu segera berjumpa dengan doktor.

penulisan ini menggunakan ayat yang mudah untuk difahami oleh orang kebanyakan. insya Allah ^_^

1 comment:

diariperjalanan said...

Teruskan menulis, banyak yang boleh dikongsi......