untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Saturday, May 7, 2011

Amin Ismail

Pernah tak kita semua berhenti seketika dan meneliti nama kita masing masing. Maniskan nama-nama yang ayah dan ibu beri kepada kita semua.ops! izinkan saya untuk mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada ibu-ibu semua termasuk ibu saya tercinta Puan Sharipah Hassan. Dah lebih 3 malam saya cuba menghubungi ibu, namun ma asyik sibuk aje. Maklumlah ibu saya sekarang sedang dalam latihan akhir untuk menghadapi pertandingan qari qariah. Amin doakan ibu sukses ! ^_^

Nama saya Mohd Amin Bin Ismail. ramai kawan kawan memanggil saya Amin. ada pensyarah yang memanggil saya Mr Mohammad. mungkin kerana Muhammad ada didepan nama saya, walaupun hakikatnya Muhammad adalah nama universal bagi kebanyakan lelaki islam. untuk memudahkan kawan-kawan mengenali saya, mereka memanggil saya dengan nama Amin Ismail. kalau disebut Amin, Amin mana? Amin Ismail la. tak kenal? oooo! kenal kenal. oleh itu saya mengajar diri untuk dipanggil Amin Ismail. dilaman facebook juga saya letakkan Amin Ismail. di "nametag" kolej juga saya letakkan nama Amin Ismail. hanya di laman blog sahaja tidak terpanggil untuk meletakkan nama tersebut.

sebenarnya ada signifikan bilamana kita meletakkan nama sendiri dan nama ayah dipangkal nama. Amin adalah namaku, Ismail adalah nama seorang ayah yang telah banyak berkorban untuk anak ini. bangganya seorang ayah bilamana anaknya dipanggil Dr Amin Ismail. bangganya seorang ayah jikamana namanya disebut sebut kerana kehebatan anaknya.

pernah semasa dialam persekolahan dahulu , seorang guru yang telah bertanya nama saya. saya jawab Amin. cikgu tersebut bertanya lagi: Amin apa? takde ayah ke? lantas saya jawab, maaf cikgu. Amin Ismail. signifikannya nama ayah patut disematkan bersama nama anak adalah nama ayah hanya bersama dengan nama anak semasa didunia sahaja. diakhirat nanti, setiap manusia akan dipanggil oleh Allah beserta nama ibu. wahai Amin anak kepada Syaripah! sudah tiada lagi panggilan wahai Amin anak kepada Ismail !

pernah tak kita terfikir apa akan jadi pada nama kita suatu ketika nanti? ada yang bakal menjadi seorang professor, ada yang akan bergelar Dr, ada yang akan bergelar cikgu, ada yang akan bergelar Ir, semua itu akan tersemat bersama nama kita diikuti nama seorang ayah yang telah berjaya mendidik anaknya dengan didikan terbaik. moga kita akan berjaya membawa kegembiraan buat seorang ibu dan ayah. insya Allah. Insya Allah doakan moga "nametag" saya akan tersemat perkataan Dr Amin Ismail, Mbbs (MMMC). Andapun pasti akan tersemat sesuatu didada anda jika ada azam yang kukuh tersemat dihati. ^_^

Amin Ismail, India, 10.22 a.m.

1 comment:

Werdah said...

Assalamu'alaikum dr. Amin

Tahniah daripada bekas seorang guru. Nama yang sangat baik Muhammad Amin.. Nabi kita pun Muhammad al-Amin.. yang dipercayai, yang aman.. selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu.

Kepada dr Amin semoga dipermudahkan segala urusan.