untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.): Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Monday, May 9, 2011

kawan kawan semua : jom berdoa ^_^

pernahkah dalam hidup ini kita mengalami satu perkara yang teramat diluar jangkaan. satu perkara yang diharapkan, suatu yang lain terjadi. malah ianya amat memeritkan dan memedihkan hati. kita terpaksa menunggu untuk sekelian kalinya. kita terpaksa mengulang untuk keberapa kalinya. pernahkan? jom saya ceritakan beberapa perkara yang pernah terjadi dalam hidup ini.

1. ada seorang ibu. beliau sedang mengandung anak ke 4 dan sudah berumur 7 bulan kandungannya. ibu ini amat berharap kali ini keajaiban akan terjadi dalam hidupnya. untuk mendapatkan seorang anak perempuan. ketiga tiga anaknya adalah lelaki dan pada kali ini, tidak seperti kelaziman biasa, beliau enggan menjalankan pemeriksaan ultrasound jantina anaknya kerana tidak sanggup untuk mengetahui jika kandungannya adalah lelaki. beliau seringkali berdoa siang dan malam agar Allah memakbulkan hajatnya dan berazam untuk mengadakan akikah kambing tanda kesyukuran jika benar Allah mengurniakan Aisyah untuknya. selepas seketika, beliau bermimpi mengajar seorang anak gadis yang sangat cantik memasak makanan. gembiralah beliau kerana Allah telah memakbulkan doanya. selepas menjalankan scan ultrasound pada hari itu, beliau dikhabarkan oleh pakar sakit puan bahawa kandungannya adalah seorang lelaki. YaAllah! sedihnya...

2. 2 minggu lagi majlis persandingan akan berlangsung. gembiranya Aisyah bersama pasangannya Abdulah, akhirnya ikatan yang telah diikat selama setahun akan dikukuhkan lagi dengan kasih suci yang telah diizinkan Ilahi. tidak pernah tersangka oleh Aisyah, perkenalan di sebuah kedai buku akhirnya bakal berakhir dijinjang pelamin. semasa itu, Aisyah masih ingat, itulah satu satunya buku karya Tuan Guru Nik Aziz yang masih ada. sungguh bertuah rasa dihati. sudah lama beliau mencari buku ini. biodata TGNA: seorang ulamak juga umara unggul di Malaysia. seketika beliau ketandas. sekembalinya betapa terkejutnya Aisyah, buku tersebut telah diambil dan dibeli oleh seorang pemuda. lantas Aisyah mengejar pemuda itu dan memohon agar dijual kepadanya walaupun dengan harga 2 kali ganda. terkejut pemuda itu dan sambil ketawa tergelak gelak melihat gelagat Aisyah, akhirnya dengan pemurahnya menghadiakan buku itu kepada Aisyah secara percuma. izinkan saya mengetahui namamu wahai sang pemuda yang baik pekertinya? Abdullahhhhhh..... sambil bersama keluarga menyediakan telur untuk majlis nanti, tiba tiba seluruh keluarga dikejutkan dengan perkhabaran Abdullah telah meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan semasa pulang dari tempat kerja.... nauzubillah. YaAllah! temukanlah kami di syurga nanti...

3. Aizat seorang pelajar yang amat rajin dalam pelajaran. cita citanya yang tinggi membuatkan beliau mendapat tawaran yang tinggi untuk ke luar negara dalam bidang perubatan. semasa diakhir tahun kedua, beliau telah belajar bersungguh sungguh untuk menghadapi peperiksaan. akhirnya selepas keputusan keluar, betapa terkejutnya beliau telah gagal untuk masuk tahun ke3 dan terpaksa mengulang setahun lagi ditahun ke2. markahnya 49% dan memerlukan 1% lagi untuk melangkah ke tahun 3. berbanding Amran kawannya yang mkendapat 50% markah dan berjaya ke tahun 3. Aizat memberontak dihadapan lecturer dan mengatakan adalah bezanya markah 1% terhadap profesion yang akan dimasukinya? kenapa disebabkan 1% beliau terpaksa mengorbankan setahun usianya untuk mengulang benda yang sama? Ya Allah ....

4. Azmin gembira akhirnya beliau telah berjaya lulus cemerlang dalam pelajarannya. dan pada hari ini belaiu telah diiktiraf sebagai seorang Dr selepas mendapat pengesahan dari MALAYSIA MEDICAL COUNCIL. selepas keluar dari pejabat MMMC, untuk sesi temuduga, beliau beriltizam mahu segera pulang kerumah mengkhabarkan kepada ibu dan ayah tercinta. kereta yang baru dibelinya semalam menanti penuh setia dihalaman parking lot diluar wisma persekutuan. semasa turun, Azmin terserempak dengan kawan lama yang bersama sama dalam perjuangan ini semenjak tahun pertama di Universiti lagi. selepas berborak panjang tentang keluarga dan kerjaya, Azmin meminta diri untuk pulang. alangkah terkejutnya Azmin, kereta yang baru dibelinya semalam hilang dari tempat parking disyakki telah dicuri oleh mereka yang tidak bertanggung jawab. Ya Allah!

kawan kawan. inilah antara senario yang seringkali terjadi dalam hidup kita. sesuatu yang  kita harapkan kadang kadang secara tidak kebetulan terjadi sebaliknya. tiada siapa menyangka senyuman dalam satu saat mampu merubah menjadi tangisan. manusia perlu merancang kehidupan, namun Allah juga merancang kehidupan manusia. yang tinggal lagi doa dan tawakkal agar setiap suatu perkara yang terjadi, ada hikmah disebaliknya. hanya manusia yang cekal dan tabah mampu untuk menghadapi segala mehnah dunia. insya Allah, resepi kegembiraan seorang mukmin adalah usaha, doa dan akhirnya tawakkal.

salam sayang semua.
Amin Ismail, india, 10/5/2011

1 comment:

wani said...

haha rasenye cerita ketiga tu tau sape.. kawan tu pun tau gak sape kui2... yg last skali tu azmin ke amin hahaha