untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Wednesday, May 4, 2011

Melayu PAS dan ISLAM UMNO.

Saya seorang Melayu dan juga Islam. mana satu mahu saya utamakan. sudah tentu Islam kerana islam adalah ad-din. melayu adalah bangsa. Allah menciptakan bangsa yang pelbagai supaya manusia dapat saling berkenal kenalan antara satu sama lain. bukan untuk dengki mendengki atapun menjadi tuan kepada yang lain.

penyatuan UMNO dan PAS kembali menjadi agenda terbaru pemimpin politik. ia akan berlaku setiap kali ada sahaja yang mengalami kekalahan yang agak teruk. memang adat politik.

saya suka melihat dari aspek akademik. antara yang terbaik adalah kekalkan dengan situasi yang ada pada hari ini. check and balance amat diperlukan kerana satu akan mengimbangi yang lain. saya amat tertarik dengan pandangan Prof Abu Hassan Hasbullah yang mana kewujudan 2 parti yang mewakili muslim Melayu adalah terbaik setakat ini kerana satu berupaya mengimbangi satu yang lain. kalau satu menjadi kurang melayunya, ada agenda untuk satu pihak lain menunjukkan diri lebih melayu. kalau ada satu pihak yang kurang islamnya, akan ada dipihak yang lain menonjolkan lebih islamnya. akhirnya yang untung adalah umat islam itu sendiri.

sudah tiba masanya, umat islam diMalaysia berdiri diatas kaki sendiri tanpa perlu berdengki kepada orang lain untuk berjaya. tanpa perlu bergantung harap kepada kerajaan semata mata. satu contoh yang terbaik adalah syarikat Radix, sebuah syarikat milik 100% orang islam. bagaimana ianya diusahakan, bagaimana ianya mampu untuk muncul diantara yang lain tanpa mengganggu dan menggugat sesiapa pun.


insya Allah seperti kata Prof Hasbullah, umat islam di malaysia sebenarnya ada intelektualnya. yang tinggal adalah keyakinan kita untuk terus maju dan berusaha kehadapan. jom azamkan dalam diri kita perkataan ini : chayyok! aja aja fighting ! ^_^

No comments: