tatkala hati bersungguh mahu mengenali dunia, mungkin saja kita patut bertanya, apa bisa kita mahu dari dunia yang fana ini, atau sudah cukup segala yang telah di bungkuskan oleh bersama kenangan kenangan lalu yang telah pergi, atau masih ada yang pantas dan bisa digapai oleh tangan tangan yang semakin layu dan naif tatkala manusia manusia lain terus laju menghuyung langkah? atau bisa sahaja masa dan waktu yang dikurniakan Ilahi ini sengaja dibuat bukan demi memeritkan lagi perjalanan. ayuh, usah difikir negatif tentang apa yang berlaku, bisa sahaja waktu yang dikurniakan ini semata mata untuk istirehat seketika sementara menanti perjalanan yang seterusnya. bak kata saujana, waktu inilah yang paling enak untuk menikmati snek snek sementara menunggu minyak diisi dan enjin panas.
ada satu kisah yang cukup menarik, tatkala seorang pemecah kayu seharian demi seharian membelah kayu dengan kapaknya, tiada henti dari jam 7 pagi sampai 5 petang, selain dari keperluan zohor , lunch dan asar sebelum berpatah pulang ketemu anak isteri tercinta memadu asmara sementara menanti keesokan harinya. rutin yang sama. seeloknya selepas bertahun tahun itu sahaja yang dikerjakannya. datang dan pulang. arakiannya, berlakulah perlantikan seorang rakan sejawatannya yang baru. selepas sebulan bekerja, nah rakan itu dinaikkan pangkat dengan gaji sekali. mengapa sedemikian kata pemuda itu. lantas ditanyakan pada bos yang memantau kerja seharian. kata bos itu, mengapa tidak engkau bertanya pada rakan sejawatanmu, apakah yang telah dia lakukan sehinngga membawa pada kenaikan pangkat yang secepatnya.
kata rakan itu, aku bekerja sehari hari, selepas seketika aku berhenti , istirehat dan mengasah kapakku ini sehingga tajam kembali dan meneruskan tumpuan pada kerjaku. dengan kapak yang tajam ini, bisa sahaja aku menambah produktiviti. sedangkan engkau sudah berapa lama tidak menajamkan kapakmu. dan produktiviti sama sepanjang masa.
natijahnya, apa yang bisa kita dapat dari cerita ini, muhasabah. iya sekali. kerja sepanjang masa tapi produktiviti yang sama mana lebih baik dari kerja, rehat, tenangkan minda, tambah tenaga dan teruskan kerja. sudah tentu yang kedua itu. manusia bukan robotkan. bisa kalau manusia itu robot, sudah tentu senang.
manusia ini ada tenaganya, ada emosinya, ada perasaannya, ada nafsunya, dan semua itu perlu diberi makan. tiada siapa menafikan kita harus berusaha, dan dalam berusaha itu sematkan seribu mimpi indah, jangan biarkan ia menjadi angan angan kerana angan angan dan mimpi sama tidak serupa.
sukarkah perjalanan ini? tanya lah sama diri. sudah tentu dilubuk sanubari kita ada sebenarnya jawapan yang mutlak. tidak sukar. mudah sahaja. justeru, apa yang menyusahkan itu. minda sudah tentu. minda yang jahat. yang suka membinasakan segalanya. tiak pernah mahu berlaku adil pada diri. seringkali mahu membinasakan. kenapa? kerana hati jua yang tidak sudi untuk membiarkan keinsafann dan pengharapan melanda diri. kita tahu sebenarnya betapa kerdilnya diri. namun mengapa mahu terus berlaku tidak jujur dengan diri. hanya hati mampu menjawabnya. mimpi tetap sama
semua orang mempunyainya dengan sedar atau tidak, dengan mudah ataupun payah. semakin payah kita mengaku, beerti semakin dewasa kita menjadi. usah biarkan mimpi padam. biarkan ia terus subur dialam khayalan. masa akan meneruskan dan menentukan andai ajal tidak kunjung tiba, dan perjalanan sudah tentu tidak sesekali sama buat semua yang setara dengan kita. bukan niat Tuhan untuk membiarkan makhluk berupa manusia menderita. sudah tentu bukan niatNya. jangan disalahkan takdir, qadha dan qadar. jangan sesekali jangan. kerana satu yang tersirat menyimpan seribu makna yang tidak mampu untuk dirungkai oleh zarah zarah netron yang menyerabuti minda manusia. tidak tersampai barangkali kerana sudah menjadi rahsia alam yang nyata. sesiapa yang merindu pasti akan ketemu sang perindu.
adus, akhirnya haruskah rasa bersalah akibat dari mimipi yang sukar untuk dihitung perkjalanannya. sudah tentu bukan salah kita. mengapa harus merasa bersalah. biarkan mimpi melanda. kerana tidak salah kita. dan bukan sesekali salah sesiapa. ia hanyalah khayalan khayalan rindu yang mengasyikkan yang sengaja dicipta untuk mengisi masa masa manusia dari terbuai tanpa arah
hakikatnya, hanya satu percayalah pada diri. tanpa melihat siapa yang tidak mempercayainya. usah biarkan jiwa sesekali lagi terusik dengan bisikan jahat. hanya diri yang mengetahui siap kita sebenarnya.
wassalam.
aku dr amin
1 comment:
mpi...klu lh hdup yg phit cme mpi kn best...
Post a Comment