untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Wednesday, October 20, 2010

Diari Iman (Amin)

tiada apa yang terlebih menarik tentang hari ini dalam diariku. selain dari sarapan semalam yang sengaja dibuat lebih. iya. aku memang sudah pandai masak. betulkah? aku pun tidak pernah tahu. asalkan kenyang untuk menikmati hidangan dari air tangan sendiri, halalan dan yang lebih penting lagi toyyiban. ( halal dan bersih). asal cukup antara hidangan nasi, ikan goreng dan budu. itu sudah mampu untuk menyerikan waktu tengah hari.

hari ini seperti biasa aku tidak pernah sesekali "miss" sarapan. sudah tentu betapa malas sekalipun untuk bergerak dipagi hari , sarapan sentiasa menjadi keutamaan. teringat akan ibu yang sentiasa bangun seawal pagi untuk menjamu kami adik beradik sebelum kesekolah dan menjamu ayah yang telah bangun sewal 3 pagi sebelum subuh menjelang untuk meneruskan hari hari berikutnya. namun diantara kami, hanya aku yang seringkali menikmati jamuan pagi yang ma hidangkan dengan nikmatnya. yang lain susah memandangkan waktu itulah mahu berebut toilet, mahu berebut seterika, dan segalanya menyebabkan terlepas untuk menikmati hidangan awal. ibu tahu sikapku yang apabila terlepas sarapan, aku akan menjadi tidak segar untuk meneruskan pembelajaran. rindunya aku akan waktu waktu itu.

dan seperti sesuatu yang tidak biasa untuk ku lakukan, sudah tentu kembali menikmati mimpi mimpi indah sehingga jam 11 pagi. elektrik tiada. selepas menikmati "the hindu", surat khabar nasional India, aku mandi dan terus melewati pemandangan indah jalan jalan raya manipal ke library untuk belajar. iya. belajarlah

terkadang terlalu sukar untuk aku seadanya mengerti akan erti sebuah kehidupan yang dikurniakan Tuhan. dulu masih ingat, tatkala aku berjalan pulang dari library bersama hafizi, kami berborak panjang tentang rahsia alam. aku tidak tahu apakah yang menyelubungi pemikirannya ketika itu. iya dia sedang kusut. aku bersyarah, setiap manusia yang lahir dialam ini, mahu tidak mahu, miskin atau kaya seorang itu, pasti llah telah tetapkan rezekinya yang tersendiri. betapa hina pun seseorang itu, tiada siapa tahu akan rezeki seseorang. sudah berada di loh mahfudz. sudah tersirat segala nya.

sebagai manusia, kita hanya perlu merancang, dan sudah pasti segala perancangan berada didalam pemahamanNya. apa beza antara gagal dan berjaya, apa beza antara mendapat 49 % dan 50% andai itu menjadi ukuran kejayaan dan kegagalan.adakah yang mendapat 50% itu boleh menjamin bahawa mampu untuk menjadikan seorang dr yang sempurna sifatnya. kekadang aku keliru. dan hakikat yang nyata 1% boleh membezakan 2 sahabat selama 6 bulan perjalanan. adakah jaminan yang 1% itu akan membuatkan seseorang itu menjadi dr yang bodoh yang tidak tahu apa apa. sudah pasti semua nya telah tersirat. mengapa dan bagaimana itulah yang manusia semacam aku gagal untuk memahaminya.

alhamdulillah, hari ini aku berjaya juga menyempurnakan solat zohor berjemaah. teringat kata kata arwah haji loh lubuk tapah antara beza manusia yang belajar dan tak belajar. mahu menjadi manusia yang hebat? tak susah. sempurnakan apa yang tidak sempurna. perkara yang tidak sukar untuk dilakukan tapi ramai yang tidak mahu buat. serpurnakan segalanya. amat mudah. seumpama solat. apa yang sempurna nya buat solat

1. solat berjemaah itu lebih baik dari solat individu. sempurnakan lah solat jemaah
2. solat dimasjid itu lebih baik dari solat dirumah. sempurnakanlah
3. air wuduk. sunatnya dengan 3 kali setiap anggota wuduk. sempurnakan 3 kali basuhan untuk setiap anggota wuduk. walau satu kali sudah memadai
4. baca doa selepas wuduk.
5. saf. rapatkan dan betulkan saf
6. bacaan sunat dalam solat. iftitah, bacaan sunat selepas al fatihah, bacaan dalam sujud dan rukuk, kan sunat dibaca 3 kali. sempurnakan walau sekali sudah cukup. bacaan tahiyyat awal juga sunat. sempurnakan jua.

cukup mudah untuk menyempurnakan.
dalam kehidupan harian, awal bangun pagi, lipatlah dan kemaskan tempat tidur kita. sempurnakan segalanya. waktu makan, basuh semua alatan , pinggan, gelas, sudu selepas makan. sempurnakan. usah lagi bertangguh. biarlah nanti waktu malam aku basuh segalanya. sehingga bertimbun. sempurnakan segalanya. moga hari ini sempurna buat aku. insya Allah. moga hati ini terus istiqamah dalam mengimarahkan masjid MU ya Allah. insya Allah.

dan waktu seakan terus berlalu. hanya tinggal 2 minggu lagi untukku menutup tirai 22 tahun kelahiran seorang insan dimuka bumi ini. sungguh pantas. sepantas itu juga semua pengalaman dan perjalanan telah aku rangkum. betapa indahnya semua itu disebalik dugaan dan iktibar yang Dia mahu tonjolkan buatku

semoga hati ini pantas untuk mengucapkan nauzubillah min zalik. moga Allah terus memanjangkan usia kedua ibu dan ayah sebelum mampu melihat untuk aku berjaya.
salam buat ibu ayah tercinta

2 comments:

drAmirul said...

Nak share satu cerita tentang seorang Dr OBG.
Die terlibat dalam viva dengn seorang student.
Student tu bnyk terlupe fakta2 asas OBG dan tidak kenal dengn lecturer.
Apa yang berlaku,Dr itu memberikan markah cukup2 makn jer kat student tu.
walhal,lecturer laen semua anggap budak itu patut gagal.
alasannya-kalau die gagal,die boleh repeat.Oneday,die boleh jadi pakar OBG.Kalau lulus dengn cukup2 mkan,die x dapat repeat dan mustahil untuk die bergelar pakar OBG!!!
all the best amin..

wani said...

kuatkan semangat.. semua yang terjadi semua bawah kekuasaan Yang Maha esa..

mempertikaikan apa yang diutuskan kepada kita samalah mcm mempertikaikan kekuasaan Yang Maha Esa...

kuatkan semangat... :)