untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Monday, October 25, 2010

Final Piala Malaysia : KELANTAN VS n9

kali ini, kita sebagai rakyat kelantan bukan nak merasa bangga mahupun berbangga diri tentang peluang kelantan untuk merebut kejuaraan TM piala malaysia buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak negara kita, tapi kita sudah haus dan terlalu dahaga untuk membawa piala gemilang ini pulang ke pangkuan negeri cik siti wan kembang seterusnya menghadiahkan sesuatu yang teristimewa buat YTM sultan kelantan yang baru sahaja dinobatkan sebagai sultan muhammad ke V. aku target 2-1. kelantan mengalahkan n9.insya Allah berkat sudah sempena 20 tahun kelantan membangun bersama islam, berkat tok guru memerintah, bila lagi rakyat kelantan mahu merasa hadiah yang ditunggu tunggu ini.

mungkin sahaja tahun lepas peluang kita adalah yang terbaik selepas berjaya ke final dan bertemu n9 di bukit jalil. namun biarlah masa itu berlalu. kalah 3-1 bukan bermakna kita mengaku kalah. mungkin sahaja Allah sengaja melambatkan kemenangan kita untuk menguji iman kita dan kepercayaan kita bahawa suatu masa nanti kita pasti mampu membawa pulang hadiah paling berharga buat warga kelantan amnya. dan aku yakin tahun ni kita serangggg habisan.

tahniah juga buat ayahanda tercinta Tan Sri Annuar Musa selaku presiden KAFA yang telah berjaya membawa kelantan mara ke peringkat akhir. moga kali ini penyokong kita tidak akan kecewa lagi. insya ALLAH YE AYAHANDA TERCINTA

BUAT PENYOKONG KELANTAN YANG AGAK "GILER BABI". HAHA. agak la jahat mulut aku. aku tahu korang semua memang bersemangat giler untuk menyaksikan kelantan mengalahkan ego juara bertahan n9 pada kali ini. jaga adab puok puok kito semua wei. jangan ada lagi adegan adegan baling kerusi, terbalik trak polis, lempar2 mercu. walau aku sebenarnya pun sangsi semua itu takkan berlaku.ingat sene ko nak jaga puok 2 kito ni. semangat mengalohke manchester united. tapi cuba bertenang, dan selamba jah. insya Allah kalu sek sek mung semua nak puok kita menang, make sure sebelum sek mung gi stadium tu, jange tinggal sembahyang magrib dan isyak, kalu takdok tempat, hok laki jadi tok imam. hok perempuan ikut jadi makmum. takpo kita pakat buat di car park stadium. bete sejadah molep. air semaye bawak sebotol sore. puok 2 kita jemaah beramai ramai. pastu maye hajat. insya Allah kali ni doa kita pakat Allah makbulkan semua. jaga kelakuan wei semua ore kita. kesian la kalu keno denda banyak2 ko FAM tu pulok. sekmung jugok hok kean. tokleh tengok kelate main di negeri sendiri

buat pemain kelantan semua, tabik. insya Allah anda semua akan diangkat sebagai wira terhebat andai anda mampu menjulang piala malaysia. insya Allah kerajaan negeri pastu memberi habuan terbaik buat anda semua. tahniah semua. gomo kelate gomo

petikan dari media :

https://www.theredwarriors.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=578:40-tahun-mengidam-merangkul-piala-malaysia&catid=903:berita-kafa&Itemid=100068

Genap 40 tahun mengidam

Tahun 2010 merupakan tahun ke 40 Kelantan mengidam merangkul kejuaraan TM Piala Malaysia, sungguhpun tahun lepas Kelantan berpeluang memadam rekod keciciran piala berprestij ini tetapi nasib tidak menyebelahi Kelantan. Peluang kedua bertemu Negeri Sembilan, pasukan yang menewaskan Kelantan tahun lalu, dilihat "bagaikan orang mengantuk disorong bantal" dalam erti kata sebenar misi menebus kedukaan para penyokong.

Jika dikaji prestasi kedua-dua pasukan pada tahun ini, Kelantan memiliki kelebihan kerana pernah 2 kali menang dan 1 kali seri bertemu Negeri Sembilan daripada 4 perlawanan yang berlangsung di Kota Bharu dan Paroi. Kekalahan Kelantan di Kota Bharu pada 14/9/2010 raya ke 5 tempohari dalam perlawanan pertama TM Piala Malaysia dianggap tidak menggambarkan kehebatan sebenar Kelantan yang masih belum bersedia dan selepas perlawanan ketiga piala Malaysia, barulah Kelantan bangkit dari permainan hambar. Ketika TM Liga Super pasukan Negeri Sembilan berjaya ditewaskan pada kedua-dua pusingan liga.

Namun ianya hanyalah rekod yang telah berlalu, perlawanan sabtu ini bakal menentu pencapaian sebenar The Red Warriors yang kehilangan ketua jurulatih mereka yang digantung dan Norshahrul serta Khairul Fahmi yang diserap dalam latihan pasukan kebangsaan di China. Harapan yang tinggi masih diletakkan kepada 2 pemain ini supaya dilepaskan oleh K Rajagobal pada perlawanan akhir nanti. Prestasi berada di kemuncak kejayaan ini bakal memberi tekanan lebih berat kepada jentera utama The Red Warriors yang masih dibelenggu kecederaan. Ruang rehat seminggu ini akan digunakan sepenuhnya bagi memperbaiki segala kelemahan dan memulihkan kecederaan para pemain utama seperti Azizi Mat Rose, Akmal Rizal, S Subramaniam dan beberapa lagi pemain yang kini hampir disahkan pulih oleh pegawai fisioterapi.

Untuk mengelak kekeliruan para penyokong B. Sathinathan masih lagi berpeluang melatih pasukan Kelantan seperti biasa, cuma tidak dibenarkan duduk berhampiran padang sewaktu perlawanan berlangsung. Hukuman yang diberikan ini seolah-olah cuba membalas dendam dalam episod kritikan beliau pada FAM ketika perebutan tahta TM liga Super lalu.

Pasukan Negeri Sembilan diakui memiliki barisan pemain pandai berlakon teramai di Malaysia. Lihat sahaja aksi lakonan merebahkan badan pemain Negeri Sembilan apabila setiap kali bertemu Kelantan atau pasukan lain. Pada kebiasaan pengadil akan memihak pada pemain yang pandai berlakon ini. 90 minit perlawanan akan dihidangkan dengan aksi jatuh dan melambatkan permainan oleh pemain Negeri Sembilan. Ini mungkin taktikal Wan Jamak bagi memberi tekanan kepada pemain The Red Warriors. Pada sabtu lepas Johor FC adalah mangsa terakhir Negeri Sembilan sebelum melangkah riang ke perlawanan akhir sabtu depan.

Jika dalam saingan TM Piala Malaysia, kedua-dua pasukan ini merebut kedudukan juara dan naib juara kumpulan A , sabtu ini kedua-dua pasukan akan bertarung habis-habisan bagi menentukan hak milik piala Malaysia 2010.



Secara kebetulan, pada tahun lepas Negeri Sembilan menghadiahkan kemenangan TM Piala Malaysia sempena pertabalan Yang Dipertua Negeri yang baru dan pada tahun 2010 ini pula adakah mampu Kelantan menghadiahkan kemenangan sempena pertabalan Sultan Kelantan yang baru ini. Sama-sama kita nantikan pasukan manakah yang akan memenangi perlawanan ini.

Ramai pengkritik sukan meramalkan Kelantan akan menang, bagi mereka kemenangan ini akan lebih bermakna kepada para penyokong Kelantan kerana bagi pengkritik sukan, Kelantan telah berjaya dalam segala sudut pengkomersilan bolasepak, pencapaian pengurusan dan tarikan sokongan para penyokong, sekiranya ditakdirkan berjaya ianya sebagai cagaran penting Tan Sri Annuar dalam membuktikan pengurusan The Red Warriors boleh dijadikan ikutan semua pasukan di Malaysia. Pasukan yang dinobatkan gergasi bolasepak Malaysia pun tidak pernah berjaya mengeluarkan produk jenama sendiri sehingga mendapat sambutan hangat jutaan penyokong setia Kelantan, selain memiliki kafe dan stesen radio sendiri yang disahkan stesen radio pasukan bolasepak pertama di Malaysia.

Pertemuan sabtu nanti tidak akan bermakna tanpa diiringi doa seluruh peminat bolasepak Kelantan. Pastikan diri anda antara penyokong yang membanjiri stadium terbesar negara. Laungan padu Gomo Kelate Gomo bakal menggegarkan suasana stadium yang sering kali sunyi sepi daripada teriakan peminat fanatik seperti Kelantan. Tahniah semua!....Jumpa sabtu nanti..


Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

No comments: