akhir akhir ini, penuh berita pasal kashmir; The Hindu, The Times Of India. delegasi semua parti politik ke kashmir,satu syurga dunia,syurga masyarakat islam di lembah asia selatan. kalau dilewati sejarah,jammu dan kshmir merupakan satu kawasan bumi bertuah dihuni majoriti muslim dengan raja hindu. mereka tidak menganggap diri mereka sebagai india, mahupun pakistan walaupun pada hari ini dijajah dan dianggap sebagai salah satu dari negeri persekutuanrepublik india dengan berketuakan seorang ketua menteri, Omar Abdullah. namun disebalik jauh dilubuk hati sanubari mereka , mereka adalah kashmiri, mereka mahu suara hati mereka didengari.
adakah konflik di kashmir akan berakhir? mari aku singkapkan seketika bagaimana berlakunya permulaan krisis tersebut.
bermulanya alkisah, semua orang ingat bila india, adalah hindu, pakistan adalah islam, bangladesh juga islam. jauh dari itu, sejarah menceritakan. penjajah asal yang datang ke india adalah penjajah portugis, Vasco De Gama. masih ingat sejarah melaka? Gama sampai ke Kerala pada 1498. pada awal abad ke 19, baru british datang dan menjajah india. walaupun secara tersurat nampak macam british menjajah india, banyak tempat tempat di india adalah under self government oleh maharaja maharaja. ada antaranya kerajaan hindu, kerajaan islam. akhirnya pada 1885, orang india pun ingin untuk bebas. lalu ditubuhkan The Congres Party, untuk melaan british. masa tu orang islam adalah minoriti di bumi besar asia selatan. orang islam tahu kalau india dimerdekakan, sudah pasti mereka akan berketuankan hindu. lalu pada 1930's mereka berjuang untuk mendapatkan sebuah negara bagi masyarakat islam iaitu pakistan timur dan pakistan barat.
menurut seorang kawan aku yang sering berborak di seif palace,british masa tu memang nak bai kemerdekaan dah. british membuat tawaran mana mana negeri yang majoriti islam, boleh join pakistan dan mana nmana negeri bermajoriti hindu, boleh join india. jadi pada masa tu ramaila orang india beragama islam dari kawasan selatan india maju ke utara untuk bergabung dengan pakistan barat dan timur ( bangladesh pada hari ini).
apa hal pula ngan kashmir?
ha!. kat sini aku nak cerita sikit. masa nak mencapai kemerdekaan india tu dari british, susah juga british nak buat sempadan negara memisahkan india dan pakistan. sebab setiap negeri tu ada rajanya sendiri. masa tu british akan bertanya setiap raja , negara mana mereka nak masuk. kashmir, bumi bertuah sungguh. majoriti rakyatnya islam, tapi maharaja hindu, Hari Singh. baginda cuba untuk melengahkan keputusan sebab sudah tentu dia nak join india, tapi rakyatnya sudah tentu nak ke pakistan. maharaja ni takut dan lari ke india sebab masa ni tentera pakistan danh sedia nak menggempur srinagar. tentera india pun masuk ke kashmir untuk menghalang kashmir dari jatuh ke pakistan. pada oktober 1947, tanpa berunding ngan rakyat kashmir, maharaja pun menandatangani surat kemasukan kashmir ke india. pakistan membantah dan sebab tu la berlakunya pertempuran antara tentera kedua dua negara sejak berdekad lamanya.
mungkinkah kashmir akan kembali tenang? aku pun tak tahu. menurut seorang sheikh time aku gi beli kasut kat bangalore, orang islam di india cukup tengang dan gembira. mereka bersatu. di pakistan, islam sesama sendiri bergaduh, masjid di bom. mungkih akhirnya kashmir akan menjadi sebahagian dari india dengan restu rakyatnya , mahupun menajdi sebahagian dari pakistan yang penuh dari konflik2, mahupun terus berjuang untuk bebas dari semua kuasa. walhualam.
amin ismail.....
No comments:
Post a Comment