untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Friday, May 7, 2010

Supremo Ball datang lagi!!

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

artikel ini ditulis dengan rasa penuh keinsafan untuk kebaikan semua. supremo ball akan diadakan lagi buat kali berikutnya dibawah naungan Student Council of Melaka Manipal Medical College (MMMC). seperti biasa ia pasti akan bermula dengan pelancaran supremo games yang disertai sebahagian besar penduduk atau pelajar MMMC tanpa mengira kaum atau fahaman politik. dan untuk menyertai game ini, bayaran yuran dimestikan. manakala sebahagian bayaran yuran ini akan dimasukkan kedalam akaun Supremo Ball.

atas inisiatif dan "concern" sebahagian besar pelajar muslim MMMC, sejak hampir 2 tahun supremo ball sebenarnya sudah tidak ada lagi diadakan majlis tari menari. ini disebabkan oleh keinginan sebahagian besar pelajar muslim yang terlibat dalam supremo games yang tidak mahu wang mereka masuk ketempat yang tidak diredhai Allah. ini adalah disebabkan consensus antara pelajar muslim dan non muslim kerana sebahagian pelajar muslim tidak senang hati apabila diadakan majlis tari menari lantaran wang yang dibayar mereka akan turut dibelanjakan untuk majlis tersebut.

bagi supremo Ball yang akan datang, kedengaran desas desus mengatakan majlis tari menari akan kembali diadakan. ini sudah tentu merisaukan sebahagian besar pelajar muslim yang turut menyumbangkan sebahagian bayaran samada melalui penyertaan didalam supremo games mahupun yang ingin menghadiri majlis makan malam supremo ball.

diatas inisiatif wakil wakil kepimpinan muslim samada IYA, MSA mahupun didalam Student Council sendiri, telah dipersetuji untuk membincangkan hal ini. antara cadangan yang telah dibuat adalah seperti berikut:


1. bersetuju andaikata majlis tari menari diadakan dengan syarat diadakan 2 sesi iaitu satu sesi untuk majlis biasa dengan makan malam (dinner) dan sesi kedua iaitu sessi berikutnya diadakan selepas sessi pertama ditutup. sessi kedua khusus untuk sessi majlis tari menari.

2. untuk itu perlulah diadakan 2 jenis tiket iaitu tiket untuk mereka yang hanya akan hadir untuk sessi pertama (bayaran contohnya RP300) dan (RP350) untuk mereka yang ingin sertai kedua dua sessi.

3. "couple tiket" yang membawa kepada 2 jenis bayaran berbeza dimansuhkan dan digantikan dengan bayaran 2 sessi seperti diatas.

sekiranya cadangan ini diterima, sudah pasti akan ramai pelajar muslim yang hanya ingin menyertai sessi satu (iaitu sessi dinner sahaja) akan menghadirinya memandangkan wang yang mereka bayar tidak dicampuri dengan majlis tari menari.

juga kedengaran rungutan dari sebahagian pelajar samada muslim mahupun non muslim yang tidak bersetuju dengan "couple tiket" kerana tidak adil buat mereka yang tidak mempunyai couple untuk membayar bayaran yang lebih mahal berbanding couple.

kita perlu memahami dalam konteks masyarakat majmuk yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama, kita tidak berhak untuk menghalang dan mencabuli hak orang lain. cukuplah andai disana ada perbincangan yang murni antara semua pihak. cadangan ini haru diambil kira andaikata cadangan majlis tari menari untuk diadakan akan terlaksana.

kesedaran ini timbul memandangkan wang yang dibelanjakan oleh pelajar muslim samada dalam supremo games mahupun supremo ball tidak boleh jatuh ke dalam perkara yang dilarang oleh Islam termasuklah melalui couple tiket mahupun majlis tari menari.

Juga diharapkan agar pelajar muslim dapat menjaga adab dan tatasusila sebagai seorang muslim sepanjang berlangsungnya majlis supremo Ball tersebut. berpakaianlah secara sopan menepati citarasa Islam.

Insya Allah andaikata perkara ini dipersetujui oleh majlis mesyuarat Student Council, sudah pasti lebih ramai pelajar muslim termasuk kepimpinan tertinggi badan Islam yang bersedia untuk menghadirinya tanpa ragu ragu untuk membayarnya.

sekian wassalam. semoga Allah mempermudahkan urusan kita
Inalillahiwainnailaihi rajiuun

Biro Perhubungan IYA
tarikh 8/5/10

No comments: