Alhamdulillah. sudah 3 bulan lamanya aku kembali dari bumi para nabi, bererti sudah 3 bulan juga aku bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran yang tertinggal. hasilnya Alhamdulillah, hanya Dia sahaja yang tahu. hari ini baru sahaja selesai peperiksaan praktikal microbiology. tinggal satu blok lagi sebelum "final exam" dan study week bermula. segalanya yang menyempitkan minda dan fikiran suatu ketika dahulu dirasakan cukup indah untuk dilalui. benarlah kata kata seorang ayah yang sentiasa bermain difikiran ini:
"kita sebagai seorang manusia ini, hebat manapun kita, sekuatmanapun kita, bila Allah takdirkan sesuatu yang buruk berlaku, pasti kita tidak mampu menghalangnya, andaikata sesuatu itu memang ditakdirkan buat kita, pasti ia akan dengan mudah kita akan kecapi".
baru lah aku tahu betapa kekadang kita sebenarnya hanyalah manusia yang cukup lemah dan hina disisiNya. sehebat manapun kita pada suatu masa dahulu, belum pasti kita akan kecapinya pada masa hadapan tanpa bantuan dariNya. itulah lumrah sebuah kehidupan. tidak semua yang kita inginkan, mampu kita kecapi. terkadang Dia sengaja menguji kita dengan kegagalan, Dia sengaja menguji kita dengan kehilangan persahabatan, Dia sengaja menguji kita dengan cemuhan cemuhan, hinaan hinaan,Dia sengaja memperlambatkan rezeki kita, kerana apa, kerana dosa kita juga kepadaNya. Dia sudah tentu mempunyai perancangan yang cukup sempurna buat kita sebagai seorang manusia. sebab itulah kekadang, kita sebagai manusia selalu berfikir, mengapa ini semua terjadi, kenapa begini dan bukan begitu, sedangkan segalanya telah Dia takdirkan.
" wamakaru wamakarallah, wallahukhairulmakirin: manusia merancang, Allah jua merancang , namun perangcangan Allah adalah yang terbaik".
dan kita sebagai seorang manusia, setinggi mana ilmu kita, sehebat mana pengetahuan dan pengalaman kita, tidak lebih dan tidak jauh, Dia yang mennetukan segalanya. inilah pemikiran yang dipegang oleh ahli sunnah waljamaah yang kita pegang sehingga kehari ini. manusia itu diberi kuasa untuk berikhtiar, burusaha. dan mengikut hukum akal dan fitrah yang Allah wujudkan secara semulajadi, bila manusia lapar, manusia makan pasti kenyang. bila berusaha, pasti akan berjaya. namun hakikat disebalik semua itu, bukan kerana usaha yang menentukan kejayaan, namun Allah yang esa. ini telahpun dibuktikan dari kisah nabi ibrahim alaihissalam dengan raja namrud, dimana tatkala nabi ibrahim menghancurkan berhala berhala yang disembah oleh kaumnya, raja namrud teramat marah dan meminta supaya nabi ibrahim alaihissalam dibakar hidup2. lalu dengan perintah Allah terhadap api yangs edang bernyala nyala itu, api dengan sendirinya menjadi sejuk dan nabi ibrahim terselamat dari panas api yang bernyala nyala. sifat api bagi seorang manusia yang berakal adalah panas dan boleh membakar, namun kuasa Allah yang mengubah roh api dari panas menjadi sejuk.
perjalanan hidup ini bagi seorang hamba sebenarnya cukup jauh dan panjang.banyak benda yang akan kita lalui sebagai seorang manusia, banyak dugaan yang akan kita tempuhi, banyak jua kemuncup kemuncup yang sengaja ingin menyusahkan diri kita, namun percayalah, ianya pasti sementara. muhasabahlah diri ini bila bercakap, bila mengungkapkan kata kata, dalam berbahas tentang ilmu Allah yang ditinggalkan Nabi tercinta. jauhkanlah pertentangan yang bersifat furu' semata mata. luaskanlah minda kita. ayuh, jalan untuk kita tuju jauh lagi. muhasabahlah diri kita. jauhkanlah sifat hasad dengki, buruk sangka, menghina , memerli dikalangan kita. andai ianya perkara yang baik, berkatalah dengan segala hikmah kebijaksaan. berkalamlah dengan penuh tatatertib sesama kita. kita tidak diminta untuk menggunakan mata pena untuk memerli orang lain yang mahu melakukan kebaikan. mengapa perlu dihujani dengan pelbagia persoalan dan sangsi dengan kebaikan yang orang lain ingin lakukan. jauhkanlah syaitan 2 dari hati kita. tuturkanlah ilmu ini dengan hati bukannya emosi. jauhkanlah sesekali sifat berkata kata dari belakang. bukankah semua itu hanya akan menimbulkan fitnah yang tidak habis2 kepada umat islam terutamanya yang sedang berkampung dibumi manipal ini. kita ada cara untuk menyelesaikan segala masalah yang wujud. kita ada usrah, kita ada mesyuarat untuk meluahkan kata kata. ayuh, andai kita benar2 mahu melakukan kebaikan, berbicaralah dengan penuh tulus ikhlas dari jiwa ke jiwa. ketahuilah pena amat tajam sifatnya. bila kita tersalah menggunakan pena, ianya pasti akan menyusuk kalbu dan menghasilkan kesan yang cukup memedihkan. kembalilah kepada musyawarah seperti yang telah ditetapkan oleh Agama.
bila saya mencadangkan untuk mengadakan kuiz Agama IYA, alhamdulillah saya menerima banyak cadangan dan komen komen yang bernas, walaupun ianya terpaksa ditunda atas sebab 2 tertentu. terima kasih pada yang memberi komen, antara komen menari ingin saya kongsikan disini bersama sama :
1. kuiz ini bercampur lelaki dan perempuan ke? kenapa tidak dibuat slot asing asing?
2. kenapa khususkan untuk pelajar yang bukan budak sekolah agama? kuiz untuk budak sekolah agama bila nak buat?
terima kasih atas komen 2. saya akan jelaskan didalam mesyuarat IYA yang akan bersidang malam ini.
dan kepada sesiapayang telah memerli saya dengan mengatakan saya mengamalkan "DASAR APARTHEID ABAD BARU" kerana buat syarat hanya untuk budak sekolah agama sebegitu, saya akan jelaskan juga malam ini. moga saya dan beliau akan sentiasa dirahmati Allah. adakah saya pengamal DASAR APARTHEID? sungguh besar dan kasar lontaran kata kata itu.
yang tinggal, teruskanlah perjuangan kita. perkara yang telah berlalu, biarlah ianya berlalu. moga awan suram akan berarak pergi. kita harapkan masa hadapan akan bertambah baik dan ceria.
salam sayang
dramin
bumi manipal, india
12/6/10
1 comment:
moga terus tabah dan thabat..
ujian itu tanda DIA kasih dan sayang pada hamba-NYA~
Post a Comment