untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Saturday, December 19, 2009

Manipal yang kukenali

Manipal yang kukenali
Andaikata awan itu sentiasa putih
Andaikata mendung tidak pernah kelihatan
Pasti terubat segala persoalan
Betapa aku semakin hari
Kedewasaan menjengah manja
Menggamit sebuah memori
Dalam mencari erti kehidupan

Bukan mudah untuk melangkah
Bak kata sang ayah
Terkadang kaki bisa tersadung
Terkadang duri mencengkam jauh
Nanah nanah putih ketirisan
Darah darah merah menitis
Berderau jantung
Betapa kemuncup dalam perjalanan
Sentiasa menggoda manusia
Untuk berhenti melangkah
Longlai dalam arus keasyikan

Aku hadir disini
Bukan semata mata untuk berhibur
Bukan jua untuk mencari keasyikan
Tapi, Demi sebuah cita cita murni
Menjadi manusia tersanjung
Dengan satu semangat
Memulih jiwa anak bangsa
Menjadi manusia berguna
Demi ibu dan pertiwi

Kerana kutahu
Apalah yang dimiliki oleh mu
Sesuatu yang kosong untuk dilazati
Sesuatu yang kusam untuk diamati
Engkau bukan seumpama kota kota besar
Kota London, kota elexandria, kota istanbul
Malah bukan jua new York kota metropolitan
Engkau hanyalah sebuah desa kecil
Yang dipenuhi lembah lembah kesengsaraan
Disebalik permata sang gergasi
Yang semakin menjengah akibat arus kemodenan

Yang kutahu
Engkau tetap satu teristimewa
Manipal bak bahtera lautan ilmu
Akan Ku gali dan terus menggali
Sehingga bertemu permata kuning
Untuk ku bawa bertemu ibu tercinta

Nukilan : Mohd amin bin ismail ( batch 22)

No comments: