untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Saturday, December 26, 2009

buku itu: sajak ini dikirim untuk dimuat dalam majalahMMMC

Buku itu

Buku itu
Yang kupegang hari hari
Teman sepanjang perjalanan
Rinduku padanya
Umpama pungguk terhadap rembulan
Ku pegang, ku tatapi wajahnya
Yang tersalut indah disebalik
Kulit jernih membaluti

Buku itulah
Penyebab aku hadir disini
Mengisi sisa perjuangan
Dalam menjadi manusia berguna

Buku itulah
Sahabat sejatiku
Setiap masa andai aku kecewa
Setiap masa andai aku terduga
Dialah sahabat mengiringiku

Buku itulah
Kubawa ke “dissection hall’
Kukilas dan kulilit indah
Terkadang air air mawar “cadaver”
Tersalut meleleh indah disebalik buku
Cukup untuk membuatkan
Yang hadir menjadi loya dan muntah
Namun semua itu ditelan demi satu matlamat

Buku itulah
Terdampar seribu satu persoalan untuk kujawab
Mencari idea idea baru
Untuk mengadap guru esok hari

Ia tetap disitu
Dirak yang ku hias indah
Menanti dan terus menanti
Tangan kekasih yang dicintai
Untuk dibelai dan diasuh


Nukilan : mohd amin bin ismail (batch22)

No comments: