untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.): Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Tuesday, December 29, 2009

berlabuh tirai 2009

entah beberapa jam lagi sebenarnya tirai tahun 2009 bakal berlabuh. dalam mengisi kekosongan waktu, terlalu banyak sebenarnya yang prlu dimuhasabahkan oleh setiap manusia, kita semua termasuklah aku sendiri. terlalu banyak perkara yang terjadi seumpama tersasar jauh dari matlamat dan keinginan. bak kata seorang teman, bukan mudah untuk kita menggapai keinginan diri. ada sahaja kemuncup kemuncup indah dijalanan yang sentiasa berusaha membantutkan perjalanan seorang yang bergelara pejuang.

teringat seketika kisah lama yang pernah menggamit memori. bila mengimbas kisah semasa disekolah dahulu, terkadang ada sahaja air mata yang menitis. bukan kerana apa tapi hiba bila mengenangkan terlalu jauh sudah kita berjuang dalam hidup ini. kita rasa kita telah berjaya , namun sebenarnya perjalanan kita masih jauh lagi. dan terlalu sukar untuk ditafsirkan apa yang akan terjadi bagi tahun 2010 nanti samada pahit, manis yang sudah menjadi asam garam perjalanan ini.

dan bagi aku sendiri tak pernah rasanya terfikir dalam ingatan ini untuk sampai di sini, bumi yang telah mencorak persepsi baru dalam diriku, bumi india. mana ibu yang tidak gembira, mana ibu yang tak mengalirkan air mata tatkala melihat anak yang dikandung sembilan bulan akhirnya pulang membawa kemenangan 13 A SPM . semua terkejut. tatkala itu hanya satu yang kuingini untuk terus melangkah memenuhi citacitaku dan cita cita seorang ibu untuk menjadi seorang pakar perubatan. tatkala itu 3 tawaran yang dierima antara matrikulasi melaka, iniversiti sains islam malaysia (usim) tamhidi perubatan dan program pengajian JPA perubatan ke Australia. memang berat tatkala itu untuk memikirkan untuk ke luar negara lebih lebih lagi bilamana aku diberitahu untuk menghadiri persediaan di TAYLORS COLLEGE, subang jaya. ntah kolej apa la pada masa tu dalam fikiran seorang remaja yang sentiasa terkurung dalam sabut kelapa ini. tatkala itu memang berat untuk membuat keputusan, berat lagi untuk mengatakan yang satu cabaran besar mula menimpa diriku selangkah demi selangkah

tatkala aku mula melangkah ke taylors college, aku mula melihat alam dalam suasana yang cukup berbeza. dari seorang remaja yang hidup terkongkong dengan adat dan budaya kenegerian, aku mula memahami prinsip 1 malaysia. kekawanku bukan lagi sekelompok melayu , malah aku mula berkawan dengan bangsa yang pernah aku baca hanya dari kisah buku sejarah yang menjadi kegemaranku. timbul sudah istilah bahasa 'budu' bahasa inggeris kelantan, malah aku sudah beranai untuk menyebut untuk ' stay up" di library pada waktu petang yang menyebabkan aku digelak kerana tertukar antara ' stay up dan stay back'. aku tidak pernah sebenarnya cuba untuk menghargai kehidupan ditaylor college sehinggalah bilamana aku keluar dan menghabiskan setahun setengah disitu.

keinginan utuk melangkah jauh kebumi australia sebenarnya terbantut tatkala aku hanya ditawarkan bidanag farmasi. akhirnya mungkin sudah anugerah ilahai untuk aku berkampung disini dumi india. sekali lagi dengan satu semangat , aku melangkah semata mata untuk mengecapi nilai sebuh perjalanan yang panjang. lebih lebih lagi bilamana mula bergelar budak "medic" . tersa perjalana ynag ada cukup panjang. dan tahun 2009 mula membuatkan aku berfikir apakah selama ini aku sudah mencapai satu tahap ayng cukup memuaskan dalam diriku.

bukan mudah untuk bergelar manusia sempurna. lebih lagi dimata orang lain. terkadang ada sahaja perjkara yang berlaku diluar kemahuan dan kemampuan diri kita sebagai seorang manusia biasa. apa yang kita harapkan, terkadang jauh tersasar dari kemampuan kita. aku pernah berdiri gagah bangga dengan setiap kejayaan yang tiba mencurah curah, aku juga pernag mengalirkan air mata menangisi setiap kegagalan yang mencurah curah. aku juga pernah hilang arah dalam mengenali diriku sendiri, aku pernag bertepuk dada bangga mengenangkan kekuatan yang aku ada. semua itu aku tidak pernah kesali dan tangisi. kerana aku tahu perjalana untuk menjadi seorang manusia itu jauh lagi. untuk hidup didunia jauh lagi, apatah lagi untuk mencari Allah yang Esa.

bila mengenangkan tahun 2009, aku mungkin mengakirinya dengan perasaan berbau hiba, masakan tidak aku benar benar diuji dengan satu identiti baru. betapa pada tahap itu aku merasakan cukup sengsara. pelbagai kerenah dan ragam manusia mula membuatkan aku menjadi kusut dan mula mencari cari hakikat yang sebenar. pelbagai ideologi mula menerjah keruang fikiranku. akhirnya aku mula mengenali antara nilai beza warna hitam dan putih. lebih lebih lagi bilamana exam akhir tahun mula menghampiri. debaran tetap ada, hiba mula mencengkam. betapa luka yang ada belum terubat. mana mungkin menmbah luka yang lebih dalam. betapa memori kisah 2007 sentiasa menjadi peringatan dalam memori hidupku.

andai tahun 2009 ini menhiasi diriku dengan pelbagai suka dan duka, aku sentiasa redha kerana aku tahu itulah hakikat sebuah kehidupan. bukan mudah untuk berjaya. dan lebih manis lagi andai dalam kejayaan itu tersirat tangisan kerana itulah rahsia bagi mereka yang mengetahui.

moga tahun baru ini memberi seribua cabaran berguna buatku


aku yang sentiasa bernama
dramin
manipal
the last day of 2009

3 comments:

azerrul said...

salam...
=)
sama batch ke ngan mus n sherry kat taylor tu?

Anwar aljohory said...

teruskan perjuangan sahabat.. jangan mengalah! good luck. (^_^)

saie said...

assalamu'alaikum..
nice share doc...
look at the past to gain the strength for present and future~