untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Monday, December 14, 2009

kita hanya buih buih dilautan

terlupa mungkin juga , sebenarnya satu ungkapan indah sesuai untuk diungkapkan. memang jelas kita sebenarnya hanyal;ah buih buih kosong dilautan yang cuba bermegah untuk menjaid mutiara mutiara indah dipancar dibawah sinaran sang suria bila dilahiat dari kejauhan. mungkin enak sesekali untuk bermimpi indah disiang hari namun terkadang mimpi yang sia sia hanyalah seumpama angan angan mat jenin. nampak segalanya bersalut bebenang sutera namun didalamnya hanyalah dedaun kering yang tiada nilainya.

betapa tatkala manusia sudah mengerti dan memahami betapa keindahan yang sebenarnya dicari bukanlah satu realiti yang berpanjangan. ia hanyalah ubat penenang sementara yang akhirnya menyebabkan barah semakin membara tanpa disedari. mencari sesuatu yang bukan terletak pada haknya seumpamalah mengzalimi diri sendiri. mengapa terus membiarkan hati menjadi bertukar warna dan bertambah pekat. bukankah manusia itu telah diberi satu pilihan, andai tersalah pilih marilah kembali mengorak langkah memperbetulkan keadaan. masa tidak pernah berakhir dan terlambat. yang pasti setiap sesuatu itu ada hikmah di perbatasan yang telah disuratkan di loh mahfuz. tatkala ada yang tersenyum riang pasti ada yang menangis kerinduan. andai kita tidak percaya akan kewujudan malam, apatah mungkin siang akan menjelma pada keesokan harinya. biarlah sang suria itu terus bekerja, dan biarlah hujan itu menyelangi kehadiran mentari. langit yang indah andai tidak sesekali diliputi awan mendung sudah pasti tidak enak dipandang kerana diakhirnya pelangi jua yang bakal menjelma. bukankah indah melihatlelangit cukup indah dilingkari rembulan berbidadarikan bintang bintang. apatah mungkin ini dapat dipertontonkan andai siang mengingkari perintah untuk berundur dan membenarkan kewujudan malam

lukisan indah fatamorgana banyak sesekali menjanjikan betapa hidup andai tidak didasari pada jalan yang lurus pasti menjerumuskan diri dalam pelbagai liku liku kehidupan. bukan mudah untuk menggelungsur laju. pasti ada sahaja halangan dan tentangan. bagi yang keras, bisa sahaja disiku segalanya. bagi ynag penegcut usah sesekali menentang arus. bagi yang bangang bisa sahaja aku laui segalanya. apatah aku peduli semua itu.

tatkala waktu berlalu, masa akan teru pergi dan segala kenangan akan teru bermain main difikiran. bukan mudah untuk menjadi kekasih yang 'istimewa'. banyak yang perlu dikorbankan dan terkorban. yang akhirnya semua itu sebenarnya membawa manusia pada satu penghayatan untuk mengaku bahawa aku hanyalah seumpama buih buih kosong do=ilautan . aku teramat kerdil untuk semua ini. hilanglah rasa sombong dan bongkah dalam meniti arus perlajanan yang telah ditetapkan Ilahi.


dramin

1 comment:

aku dr amin said...

lihatlah yang TERSIRAT disebalik TERSURAT. abaikan kesalahan ejaan kerana aku cukup sibuk tatkala ini