untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Wednesday, October 14, 2009

lemparkan senyuman

hari ini andai hidup kit umpama sebuah tong sampah yang penuh dengan sampah yang sangt busuk, ketahuilah walaupun dihina ia tetap ada tanggung jawab yang perlu diselesaikan. bukan mudah untuk menjadi seorang manusia yang sempurna. Banyak halangan dan can=baran yang menimpa. dan ianya lagi tidak mudah untuk manusia biasa macam kita, anda dan saya. namun itulah yang dinamakan sebuah kehidupan. seumpama roda yang sentiasa berpusing. suatu masa ia berada diatas, ia berbangga dengan penuh keagungan, satu masa ia pasti akan mengalami proses kitaran sebuah kehidupan. ia masam, mata penuh linangan air mata mengenangkan betapa azab dan sengsaranya\

namun, ia tidak pernah merasa sesekali akan putus asa dan hina. kerana ia Ada seseorang disisi yang sentiasa memberi semangat padanya. DIA ada Allah yang sentiasa bersamanya walau hidupnya penuh dengan lilitan tahi tahi yang terpijak. dia tahu dia tetap perlu teruskan sebuah kehidupan . mengapa mesti biarkan roda itu berhenti sedangkan hari esok penuh dengan tanda tanya.

biarkan roda itu terus berpusing mengalami proses kitaran semulajadi. insya Allah penuh dengan berkat kesabaran, hari ini yang malap pasti akna bersinar. yang jelas kuasa terletak ditangan Dia. carilah sebuah kesabaran dengan penuh redha dalam meniti kehidupan. tiada dalam diari kamus seorang muslim akan perasaan berputus asa. jadikanlah kenangan semalam pembakar semangat untuk hari esok yang pasti akan menjelma. jangan sesekali menidakkan diri sendiri. semuanya telah ada dalam takdir yang Berkuasa.

yang penting senyumlah kerana selepas segala masalah yang timbul, pasti sinar akan kembali menjelma bersama satu kepuasan hidup.

P/S TAkziah buat keluarga seorang sahabat yang baru sahaja meninggal dunia di mysore india. beliau merupakan seoarng pelajar perubatan di mysore tahun akhir. pada masa ini jenazah berada di bangalore untuk proses p[enghantaran pulang keMalaysia.

dramin
manipal
india

2 comments:

run^nia in wonderland said...

amin...mysore ke?
bukan ke salem ke?
ain rasa macam student salem yang meninggal tu...batchmate kawan ain dekat sana...
moga arwah di tempat kan di kalangan yang beriman

aku dr amin said...

ye. silap. selom