untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.): Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Friday, October 16, 2009

bila minda mula merantau

jauh perjalanan sebuah minda. hasil satu pengalaman yang membuatkan cita cita tidak pernah luntur. jalannya sentiasa lapang walau kekadang terlalu banyak penghadang penghadang. namun bukankah semua itu sudah satu lumrah satu kehidupan. yang mana andai lurus betul sudah pasti nikmat satu keajaiban itu payah untuk dimengertikan. hany melalui satu pergelutan sahaja manusia akan tahu betapa kuasa minda itu muncul dan menjelma menjadi satu senjata yang termata istimewa

lurah itu walau muncungnya cukup tinggi tidak pernah terfikir akan kepayahan bagi sang pendeta kerana itulah kebesaran dan keagungan tatkala pulang ke pangkuan bonda. andai tidak apa bezanya pendeta dan mereka yang kakinya bergelumur di atas tilam empuk. biarlah sesuatu itu berlaku kerana pasti kesannya hanya akan tiba bila masanya tiba.

yang penting tujukan mida mendepani jauh ke awan awangan agar jalan itu terus jernih disebalik keriuhan keriuhan dan kepayahan yang melanda.

No comments: