untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.): Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Friday, October 23, 2009

bila tok guru bersuara lagi

http://www.blogtokguru.com/
kali ini tok guru nik abdul aziz bersuara lagi. bagi rakyat kelantan terutama yang amat kenal akan peribadi beliau, amat faham. andai tok guru bersuara akan sesuatu, pasti ia lahir ikhlas dari hati sanubari beliau. payah untuk beliau sebenarnya selaku mursyidul am melihat usaha selama ini yang dicurah pejuang pejuang islam akhirnya sia sia.
semua kena faham satu perkara. PAS walaupun dianggap sebagai satu badan dakwah di malaysia yang sering berusaha memahamkan masyarakat akan pentingnya islam itu memerintah, jangan lupa PAS juga sebuah badan politik. dan sebagai bandan politik, nak tak nak matlamat akhir PAS adalah untuk memerintah negara dan seterusnya mendaulatkan Islam dimalaysia dengan cara mendapatkan kuasa. kerana bagi PAS kuasa itu penting untuk menggerakkan islam.

jika diikuti sirah pun, antara seb ab Rasulullah SAW berhijrah ke madinah adalah untuk menubuhkan Negara Islam Madinah yang pertama. itulah kuasa memerintah. nabi itu sendiri adalah Perdana Menteri Madinah. bila berkuasa, nabi membina masjid nabawi yang pertama sebagai tempat solat, pusat pentadbiran dan tempat mesyuarat perang. islam mula berkembang dan dihormati.

sia sialah andai perjuangan selama ini andai pemimpin PAS masih tak faham juga akhirnya akan menjadi sia sia. buat apa berjuang penat lelah tapi akhirnya kita sendiri memusnahkan perjuangan yang kita bina. Sedarlah PAS kadang kadang sudah dilahat UMNO dalam Pakatan Rakyat akibat suara suara sumbang beberapa individu dalam PAS sendiri. Sedarlah dan bangunlah untuk terus sedar yang PAS adalah parti Islam bukannya parti perkauman Melayu. jangan sesekali ikut rentak sumbang. perjuangan PAS untuk mendaulatkan Islam dimalaysia.
fikirlah baik baik. jangan sampai selangkah lagi untuk berkuasa, akhirnya kita yang memusnahkan segalanya. semoga tok guru nik aziz dipanjangkan umur untuk terus melihat PAS terus berada dilandasan yang betul. buat tok guru, kami terus berdiri dibelakang anda bersama PR. INSYA aLLAH

4 comments:

Faiz said...

Nice post. Btw, lahirnya Ikhwanul Muslimin oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna setelah kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mendorong penubuhan gerakan Islam di sesetengah negara. Hamas di Palestin, Hizbullah di Lubnan.Di Malaysia, Hizbul Muslimin (sekarang PAS).

Gerakan ini semua menepati ciri syumul (termasuk melibatkan diri dalam bidang politik) seperti dalam karya Fathi Yakan, "Apa Erti saya menganut Islam". Semoga kita sentiasa berdiri menyokong gerakan Islam. Pemimpin yang mantap mampu melahirkan gerakan yang mantap. insyaAllah

aku dr amin said...

bagus tu komen dari Faiz. nampak faiz banyak membaca dan mengikuti perkembangan politik islam tempatan dan antarabangsa. bagus. teruskan andai ada minat.

Ayid said...

SURAH ALI IMRAN 139
139. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman.

aku dr amin said...

thanks ayid