untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Thursday, October 29, 2009

sanah helwa

lama sudah untuk dicoretkan, namun payah untuk mulut berkata kata, payah lagi untuk hati membuat penilaian sebuah kehidupan. terkadang dalam mengejar sesuatu, kita lupa ada sesuatu yang kita tinggalkan. mudahkah untuk menjadi manusia sempurna.

dalam mencari sebuah kehidupan, kita diuji dan terus diuji. terkadang kita tewas dalam hidup. ia menjadi satu trauma yang cukup dahsyat. tidak mampu untuk hati berkata kata. tertutup segalanya. yang tinggal hanyalah secebis keinginan untuk terus melangkah. walau langkah yang ada itu cukup songsang.

bukan mudah untuk menjadi seorang manusia. lebih lagi dalam meiti sebuah pergolakan hidup jauh diperantauan. terkdang ada sahaja hati yang terluka, ada sahaja perbuatan yang mengecewakan, ada sahaja matlamat yang terlupa. semua itu menguji sebuah perjalanan dalam mencari erti sebenar.

air mata mampu sahaja untuk mengalir, mudah sahaja untuk orang berkata kata, namun yang pasti hanya hati yanmg mengerti segalanya. izinkan sekali untuk meluahkan segalanya. andai ada yang terguris, terimalah dan moga ada dosa yang terampun. andai ada yang terluka, aku bukan jua yang terbaik diantara kita semua. andai ada yang kecewa, aku lagi kecewa. andai ada yang tidak mengerti, aku jua lebih lagi seperti kalian semua.

izinkan masa itu terus pergi meninggalkan segalanya. esok masih mencabar dan penuh dengan pergolakan. biarkanlah camar yang patah sayap itu terus terbang tinggi dengan penuh kepayahan dan kesukaran. jangan lukari ia lagi. moga ia tidak akan sesekali patah dan berputus harap dengan cita yang dia ingin tujui.
izinkanlah buat sekali lagi yang terakhir.

moga kematangan terus meniti dihati ini. biarlah sebuah keindahan itu terus mekar bersama bertambahnya umur. kerana semua itu bakal mematangkan lagi perjalanan insan yang aku gelarkan ia " aku budak medik ". izinkan utuk ia nmengucapkan selamat maju jaya dan teruskan berusaha sempena hari lahirmu yang ke 22 ini. matanglah untuk menjadi seorang manusia yang berdaulat dimata dirimu sendiri. biarlah sekali rebah, biarlah sekali air bah.

selamat menyambut hari lahirmu yang ke 22. engkau sudah cukup dewasa untuk mengerti segalanya

aku yang bergelar
aku budak medik
dramin
dilahirkan pada 2/11/1987
cukup berumur 22 tahun pada 2/11/2009
semoga pengalaman itu terus mematangkan hidup kita semua.

3 comments:

wani said...

tingkatkanlah amalan, lupekan lah sejarah silam, semoga menjadi insan yang lebih sempurna dan lebih baik di masa akan datang

Damitri said...

salam Amin,,

Hepi belated birthday....semoga terus success hingga ke Malaysia..huhu....semoga terus dimurahkan rezki, dipanjangkan umur dan berjaya dunia & akhirat..

Wassalam
From Abe Ipar

aku dr amin said...

terima kasih abg kuMat