untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Tuesday, October 6, 2009

berpakaian tapi telanjang

ramai jugak yang bertanya ana, amin apsal zaman skarang ni dah jarang sangt ustaz ustaz bercakap pasai menutup aurat. kalau ada kuliah agama pun payah nak dengar. apa la nak dijawab kalau yang hadir depan duk dengar kuliah agama tu bini bini pak menteri tu dan ni, takkan la ustaz yang makan gaji ni nak cakap rambut tui adalah aurat bagi seorang pempuan. payah la. lebioh lebih lagi zaman dimana ramai yang bercakap pasai equal right dan persamaan gender ni. kalau kita sentuh sikit pasal aurat wanita ke , mulalah mereka yang mengaku pejuang wanita ni bangkit mempertahankan hak mereka untuk berpakaian. dah tu lupa ke mereka dunia ni sapa punya, hidup mereka ni sapa punya. asyik bercakap pasal hak mereka, mana hak Allah yang menciptakan kita, yang menetapkan hukum hukum atas kita?. ke kita nak hidup atas dunia je, akhirat nak buang kat mana?

pastu ada plak yang asyik duk bangga ngan fesyen 2 barat. berjaya sungguh puak kristian dan yahudi kan. berpakaian tapi telanjang ingatlah sebuah hadis dari baginda rasul :

sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


Maksudnya: “Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).” (Hadits riwayat Muslim)

nak kata menutup aurat ni sebenarnya cukup simple.

orang lelaki cam rosyam nor tu contohnya aurat dia dari pusat ke lutut. ok kat situ

orang pompuan plak cam datin rosmah mansur: aurat rambut sampai ke kaki. kecuali kedua tapak tangan dan muka. baju plak tak ketat menampakkan badan. pakailah baju yang labuh skit lebih paras pinggul. tudung plak menutupi dada. tak apa. semua tu jagaan dari yang maha Esa.

Terdapat juga beberapa hadits yang menyebut tentang ciri-ciri pakaian yang dikehendaki oleh syara‘, umpamanya hadits yang diriwayatkan oleh ‘A’isyah Radhiallahu ‘anha:

َ

Maksudnya:

“Bahawa Asma’ binti Abu Bakar telah berkunjung kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan memakai pakaian yang nipis. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpaling daripadanya. Baginda bersabda: “Wahai Asma’, sesungguhnya orang perempuan apabila sampai umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini… dan ini... (sambil) Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.” (Hadits riwayat Abu Daud)



Berdasarkan kepada dua dalil di atas, maka dijelaskan bahawa ciri-ciri pakaian menutup aurat yang dituntut oleh syara‘ bagi wanita itu adalah seperti berikut:

1. Pakaian yang longgar. Bukan pakaian sempit yang menampakkan susuk atau bentuk tubuh badan.

2. Pakaian yang labuh yang menutupi keseluruhan anggota aurat. Bukan pakaian yang pendek, singkat atau terbelah yang mendedahkan perut, dada, leher, tangan, kaki dan punggung.

3. Pakaian yang menutup warna kulit anggota aurat dari kelihatan. Bukan pakaian yang nipis atau jarang yang menampakkan warna kulit dan bayang-bayang tubuh dari luar.


sekian. bersama menjaga aurat kita

aku dramin
manipal

2 comments:

run^nia in wonderland said...

dr.amin...
mcm mane plak ye, kite nak ckp kat org ramai, yg aurat dan akhlak tu jgn di sama kan?

lately ni, run^nia selalu dengar, org akan ckp, "pakai tudung, tp perangai ntah hape2...baik tak payah pakai tudung..."

mmg la patut nye, bila dah menutup aurat, kena lebih menjaga akhlak,tp, patut ke kite letak kan aurat dan akhlak mcm tu?
ada komen tak?

aku dr amin said...

benda ni sama je macam istilah solat tapi masih buat dosa, mencuri dan bla bla bla. maknanya solat yang dia lakukan itu tak mencegah dia dari melakukan maksiat sedangkan Allah cakap solat itu sendiri mencegah maksiat. maknanya solat yang dilakukan tu takda nilai. sama juga dengan menutup aurat. islam itu datang dengan kesempurnaan. tak boleh tidak kita mengambil ajaran Allah ini separuh separuh. bila kita terima arahan dan suruhan Allah untuk menutup aurat dengan sendiri aurat itu menjaga diri kita dari kelakuan kelakuan buruk. yang tinggal masalahnya terpulang pada diri kita samada kita faham maksud tudung yang kita pakai itu samada sebuah ibadah kepada ALLAH atau fesyen semata mata. bila anggap fesyen takda la kemanisan nilai kat situ. sekian