untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Thursday, October 8, 2009

bila senja menjelma

mudah sahaja untuk hari ini berlalu menjadi semalam. esok walau ada dia tidak akan menunggu sekali kali. ia juga akan berlalu sebegitu andai tanpa ingatan dan jagaan yang mantap

benar firman Allah yang berbunyi dipermulaannya demi masa. Allah bersaksi demi masa menunjukkan betapa berharganya masa itu. ia bukan emas malah lebih dari itu.

namun biasa manusia mudah lupa. diakhirnya baru mengaku sebuah penyesalan. bukannya sudah tak berguna lagi. masih ada harapan buat mereka yang masih menagih janji Allah selagi nyawa masih dikandung badan. jangan sampai usia dah tua , hati masih tercari cari sinar kebahagiaan yang sebenar. tidak semua manusia mempunyai masa umpama tun dr mahathir mohamad. bayangkan andai ini adalah hari terakhir kita.

jomlah mulakan segalany hari ini moga kita akan terus diberkati

aku dramin
manipal
india

No comments: