untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Saturday, October 10, 2009

alcohol: janji Allah dan manusia

minggu ni kalau bercerita pasai forensik, tak lain dan tak bukan bab alkohol. alkohol merupakan salah satu kandungn utama arak . arak pula memang sebelum diharamkan merukana minuman utama sahabat sahabat nabi sendiri, namun bilaman diwahyukan pengharamannya oleh Allah, semua beristighfar dan mencurahkan saki baki yang tinggal kerana cintakan Rasul dan patuh akan arahan Allah.

bila islam kata suatu tu haram, bererti adalah sebab dan musababnya. itulah keadilan islam. islam bukan agama yang zalim. zalim dari segi bahasanya bermaksud : meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. itu bukan pada pandangan islam. islam lahir untuk menguruskan kehidupan manusia supaya teratur. membuka mata jahiliyah kepada kebenaran.

lebih lagi bilaajaran islam mula diperdebatkan mengikut aliran sains dan banyak hukum hukum mula dibahaskan oleh ahli ahli sains terutanya yang berkaitan kemudaratan pada jiwa. mengapa islam mengharamkan arak, judi , babi, berzina, dan sebagainya. bagi seorang muslim, syarat utama adalah patuh pada arahan Allah sebagai pencipta. bagi orang kafir, mula menyaksikan betapa indah ajaran islam itu.

pengharaman arak bukan kerana kita taat pada Allah semata mata, namun sains sendiri telah membuktikan bahawa arak bukanlah satu ubat untuk badan manusia mengikut kesesuaian dos. ini dibuktikan melalui 2 syarahan kuliah yang pernah saya sendiri ikuti sepanjang pengajian di melaka manipal medical college, manipal india ini.
pakar forensik, pakar patologi semuanya menyangkal akan kebaikan dari nilai setitik arak itu. andai sains sudah menolak arak, dan islam sendiri terus menolak arak, mengapa kita sebagai manusia yang biasa tidak lebih dari pengikut ini masih mahu dalam kejahilan abadi

bersamalah kita menghayatinya

akudramin
manipal
india 2.00 petang

No comments: