untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Tuesday, September 15, 2009

politik perkauman, perempuan boros dan raya

bila asyik duk tengok, baca laman sesawang dan akhbar tabloid negara dua tiga hari ini memang sah ada sesuatu perkara yang cuba di tutup tapi dah tak mampu disembunyikan lagi. memang sungguh benarlah kata seorang guru, politik yang didasarkan oleh perkauman , bila tiba masa akhirnya akan meletup seumpama perang bom nuclear dan bom hidrogen yang dipopularkan oleh Datuk Seri Samy Vellu dan Datuk S.Subramaniam.
Ni satu lagi kes Pak Samy Vellu. entah bila la dia ni nak berundur? rasanya kebanyakan ahli politik BN yang sezaman dengan dia baik dari UMNO seperti Tun Dr Mahathir sendiri yang kuat menyerang dia baru baru ini sempena pemilihan agung MIC, Tan Sri Rafidah Aziz yang pernah bergelar wanita besi Malaysia ( aku sorang kot yang menggelarkannya, tapi betulla juga sebab ada penganalisis politik yang berkata andai Rafidah ni lelaki pasti dia antara satu calon yang mampu nak jadi PM) dan dari MCA seperti Tun Ling Liong Sik ( tu pun andai ada orang ingat dia lagi), semua dah pun berkubur samada sendiri berundur atau terpaksa berundur dari arena politik. namun Pak Samy ni walau dah lebih dari 25 tahun menerajui MCA hatta dah berapa lama dah menjadi menteri sampai MIC sendiri ditolak oleh orang India dan masyarakat Malaysia amnya dalam pilihanraya ke 12 baru baru ini, masih lagi kebal tahap dewa sebagai Presiden MIC. entah aku tak faham kekadang politik MIC. ada jugak aku bertanya kekawan aku yang berbangsa India pasal apa orang India benci dan tolak MIC dalam pilihanraya ke 12 lalu? mereka cakap benci kat Samy Vellu. aha. bukan setakat orang India benci kat Tok Samy ni, pemimpin BN sendiri pun dah meluat tengok Tok Samy ni. antarany tengoklah betapa kata Tun Mahathir kat Tok Samy. taklkan tak paham lagi. Tmbah lagi ucapan pembukaan Datuk Seri Najib semasa pembukaan persidangan Agung MIC berbunyi lebih kurang buat apa kalau pemimpin tu popular dalam parti tapi tak popular dengan rakyat. so itulah petanda dan syarat agar Tok Samy ni berundur.berilah peluang kat orang lain plak. kesian dah puak Datuk S.Subramaniam. lama dah dia jadi timb. presiden. jenuh menunggu. untuk Datuk Subra mulakan langkah baru dalam arena politik. takde yang mustahil sebenarnya. yang penting beranikan diri mula langkah terbaru.
p/s tengok sahaja apa terjadi pada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. mana ada yang mampu nak tahan dia. hatta presiden MCA sendiri pun terpaksa tawar menawar ngan puak Dr Chua dalam persidangan agung luar biasa (ECG) ni. tengokla mampu tak Presiden MCA berhadapan dengan undi tidak percaya puak Dr Chua nanti.
...................................................................................

pastu timbul plak perihal seorang perwakilan MIC yang dikatakat nak letak kalungan selipar jepun kat gambar Tun. nampak memang la agak biadap terhadap seoranmg pemimpin negara. namun jika diliohat secara rasional kena la pikir juga kalu kita tak biadap ngn orang masakan orang tak biadap ngn kita. ni la dikatakn politik kuasa dan politik wang. bila kuasa takde, bila wang takde semua nak bergaduh, semua nak salahkan orang tu , orang ni. akhir sekali rebah membawa padah. rupanya sesenang itu aje.
...................................................................................

raya sakan
bila tibe je time raya, jenuh penuh shopping complex dengan manusia yang entah dari mana. time ni la pengusaha shopping complex memainkan peranan yang cukup aktif dalam mempromosikan produk terutama baju raya, barangh dapur, perabut rumah dengan potongan yang cukup menarik, 10%, 20% dan sebagainya. kelabulah mata time ni. masakan tak jiran aku beli tu dan ini, aku pun kena la join sekali. syok sikit raya ni. huhu. akhir sekali lepas raya bankrap. dah habis duit dah. yang paling boros biasala orang pompuan. ni bukan cerita kosong tapi kalau bab bab shopping ni memang la orang pompuan memang kaum no 1 dalam berhias diri ni. tengok saje la kakak kakak aku. suami masing masing time nak raya macam pembantu rumah duk follow bini masing masing ke shopping cimplex tapi bila balik tak bawa ape ape untuk diri sendiri. yang penuhnya barang barang anak, dan isteri. ayah aku pun begitu gak. jubah raya pun payah nak cari. mak tu berbaju raya berapa pasang agaknya. huhu. dan yang paling tak boleh dihindarkan, gelang tangan emas raya. wajib ada. barulah mami jarum katakan. ish.
beringatla sikit hidup ni bukan ari ni je. esok lagi ada tahun depan pun ada lagi raya. simpan duit senang masa depan. walaubagaimanapun jom meriahkan raya ini dengan azam untuk berubah menjadi yang lebih baik dari sebelumnya
salam hari raya semua

aku yang bernama
dramin

No comments: