untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Saturday, September 12, 2009

benarkah kata kata Tun itu?

jam dah pun menunjukkan ke angka 1 pagi. hari ini dah masuk 13 september 09. bererti dalam semunggu lebih je lagi hari raya aidilfitri bakal menjelma. entah kenapa sejak aku pulang dari India ni amat jarang aku dapat tidur awal. paling awal pun pukul 12. paling lewat adalah kul 3 setengah pagi. malam ni aku memang berhajat nak tidur awal sebenarnya. dahpun kunci jam kul 3.30 pagi nak bangun kerana abang aku ajak ke masjid ada qiamullail.

namun aku agak tertarik bilamana aku buka laman BLOG tUN dR Mahathir :http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/09/the-lesson-from-japan.html#more. Siapa tak kenal Tun. seorang negarawan yang walaupun telah bersara dari jawatan seorang PM, namun kata kata dan buah fikirannya masih berbisa. aku menjemput anda semua melawat laman blog Tun.

benarkah kata kata Tun itu datangnya ikhlas dari hati sanubari Tun sendiri. ingin sahaja aku memberi komen kat blog Tun sebenarnya namun bilamana memikirkan yang aku kena log in dahulu dan ianya memakan masa yang agak lama, so aku mengundurkan niat aku tersebut. biarlah aku coretkannya disini sahaja buat tatapan sahabat aku semua.

penulisan Tun YANG BERBAHASA INGGERIS BERBUNYI : THE LESSON FROM JAPAN" . bagi yang selalu mengikuti perkembangan politik antarabangsa pasti mengetahui apa yang berlaku di Jepun. parti LDP yang memerintah sejak perang dunia ke 11 akhirnya telah ditumbangkan rakyatnya dan diambil alih oleh parti Democratic Party of Japan pada pilihan raya yang berlaku baru baru ini. malah kalau kita tengok trend di dunia ini sekalipun mana ada sudah parti yang mencapai kemerdekaan negara termasuk di indonesia, negara negara afrika dan asia yang lain kecuali beberapa negara seperti malaysia dan singapura sahaja yang parti mencapai kemerdekaan masih lagi memerintah. setengah negara pula seperti arab saudi dan brunei diperintah oleh kesultanan masing masing sejak negara mereka merdeka.

apakah nasib ini juga bakal menimpa negara malaysia tercinta. BN yang memerintah malasyia sejak merdeka sudah dilihat bukanlah parti yang dominan sekarang kesan daripada penolakan rakyat pada pilihan raya yang ke 12 lalu. dan jika dilihat pada 8 pilihanraya kecil yang berlaku selepas pilihan raya umum yang lalu, kesemuanya dimenangi oleh PR ( PAKATAN RAKYAT) kecuali satu di sarawak yang sememangnya kubu kuat buat BN. dan BN pasti pada pilihan raya akan datang akan bergantung kuat terhadap sarawak dan sabah dalam mengukuhkan kedudukan mereka sebagai parti dominan negara. kesemua pilihan raya kecil tersebut adalah kawasan pembangkang kecuali kawasan parlimen kuala terengganu yang juga akhirnya jatuh ke tangan PAS. Mungkin sahaja pilihanraya DUN di negeri sembilan nanti betul betul akan menguji samada BN terus releven atau telah ditolak oleh majoriti rakyat malaysia sebagaimana kata Tun kerana kerusi tersebut adalah kerusi ADUN BN yang meninggal dunia dan ianya adalah salah satu kubu kuat UMNO. tengoklah camana nanti.

ada juga aku bertanya pada seseorang ( rahsia) tentang kepimpinan PM yang baru sekarang. jawapannya memang satu ketidakpuasan yang lahir dari hati. wawasan SATU MALAYSIA tidak mampu menarik bangsa bukan melayu yang sejak pilihanraya ke 12 masih terus menolak BN . Bagaimana dengan bangsa melayu sendiri? aku rasa 50=50 murut penilaian aku. inilah sebabnya one malaysia yang dilaungkan oleh PM ditolak oleh bangsa bukan melayu. kerana disebalik cita cita BN untuk menarik sokongan bukan melayu, masih ada dari segelintir pemimpin UMNO yang beretorik denagn slogan perkauman untuk mengukuhkan sokongan orang melayu kepada UMNO. apapun bak kata Tun dalam blognya yang aku cukup setuju, BN sebenarnya buat masa ini hanya mampu bertahan dengan kelemahan PR jika ada. dan memang tidak dapat dinafikan lagi PR memang buat masa ini cukup beria ia umtuk menguasai Putrajaya.

dan bila terbaca komen seorang pelawat blog Tun nengatakan bukan semua yang menyokong PR itu minat dan sokong pada PR tapi sudah meluat melihat cara BN yang memerintah negara ini. lebih lebih lagi dengan pelbagai permasalahan dalaman yang berlaku pada komponen BN sendiri termasuklah MCA dan MIC. Apapun rakyat senebarnya melihat dengan penuh minat halatuju BN dan PR selepas ini. sekurangnya BN sedar yang mereka tidak lagi mampu untuk mendabik dada yang hanya mereka mampu untuk memerintah negara. Istilah PAS parti kampung dan tak pandai memerintah tidak wujud lagi. bukankah ianya satu perkembangan positif buat negara malaysia dan rakyat tercinta. selepas ini sesiapa sahaja ingin memerintah malaysia memang rakyat kena didahulukan. jika tidak tunggulah penolakan dari rakyat. semoga sesiapalun yang dipilih nanti dalam pilihanraya ke 13, memegang kuasa dengan amanah dari Allah dengan sebaiknya

sekian
aku yang bernama
dramin

No comments: