untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Friday, September 11, 2009

jom taubat

Sedar tak sedar rupa rupanya dah masuk malam sepuluh akhir ramadhan. kelas untuk batch 22 pun dah nak buka. so sempena penhujung ramadhan dan nak bermulanya kelas batch 22 ni ada baiknya kita bersihkan balik hati hati kita yang kotor moga Allah permudahkan urusan ilmu kita. sekejap sangat rupanya andai kita tidak betul betul menggunakan masa yang ada. benarlah firman Allah dalam surah Al Asr yang bermaksud:

1- Demi masa!

2- Sesungguhnya manusia itu adalah di dalam kerugian.
إ
3- Kecuali orang yang beriman dan beramal yang shalih dan berpesan-pesanan dengan Kebenaran dan berpesan-pesanan dengan Kesabaran.

surah ini adalah surah yang ke 103dan mempunyai 3 ayat. ianya adalah surah Makkiyyah.

bercerita pasal sepuluh akhir ramadhan ini, cukup rasanya untuk bercerita sedikit perihal taubat. bak kata seorang kawan ana yang amat ana kenali sejak nkecil lagi " mana yang kita mahu? nak Allah beri kita pahala ke nak Allah hapuskan dosa kita dulu?" emm berfikir panjang ana tatkala itu. pilihlah antara satu. yang penting Allah ampunkan dosa kita dan masukkan kita ke syurga Naim.

bercerita pula soal taubat ini, ada satu solat khas yang dipanggil solat sunat taubat. camane tu dan apa tue solat sunat taubbat. aha

camni, solat sunat taubat tu dilakukan setelah melakukan dosa atau rasa bersalah membuat dosa. kemudian bertaubat kepada Allah.

apa pula yang dimaksudkan dengan taubat? taubat adalah merujuk kepada " menyesal atas dosa yang dilakukan dan bercita cita tidak akan melakukannya lagi dan memohon ampun dari Allah". jumlah rakaat untuk solat sunat taubat ini tidaklah terbatas sebenarnya namun dikerjakan 2 rakaat dan satu salam dan masanya juga tidak ditetapkan.

camane nak buat tu?

ok cam biasala mula mula bila nak solat mestilah kena ada lafaz niat kan.

niatnya berbunyi : sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala

pada rakaat pertama bacalah alFatihah dan surah alIkhlas atau surah pilihan
pada rakaat kedua pula bacalah alFatihah dan surah anNas.
setelah selesai salam, hendaqklah byakkan ISTIGHFAR

camane tue ISTIGHFAR:
HA. camni: ASTAGHFIRULLAH AL AZIM ALLAZI LA ILAHAILLA HUWAL HAYYU QAYYUM WAATU BU ILAIK ( bacalah mengikut lafaz Arab yer).

maksudnya : Aku memohon ampun dari Allah yang maha Agung, yang tidak ada tuhan melainkan Dia yang hidup dan berdiri dan aku bertaubat kepadaNya.

ha. selesailah sudah. semoga Allah mengampunkan segala dosa dosa kita. buat dosa itu lumrah hidup seorang manusia tapi manusia yang hina adalah yang tak tahu untuk bertaubat kepada Tuhannya.

sekian
aku yang bernama
dramin

No comments: