untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Wednesday, September 9, 2009

mariam johari : hilangnya sebuah identiti

Dua tiga hari ini, selain dari menatap lembaran lembaran akhbar berkenaan isu politik semasa yang berlaku di tanah aiar, ligat juga aku meninjau berita yang agak sensasi berkenaan seseorang yang bernama Mariam Johari. bagi kebanyakan orang, apalah yang ada pada satu nama "mariam johari". namun bagi yang mengikuti perkembangan beliau, pasti merasa sedih atas pemergian seorang muslim yang asalnya nmun hilang identiti pada hari kematiannya. Nama asalnya Mariam Binti Joharia, atau Kim Soo Ae dalam bahasa Korea



Beliau merupakan anak jati dari Plentong, Johor itu meninggal dunia, minggu lalu. Sehingga semalam, jenazahnya dikatakan masih berada di rumah kebajikan Gereja Roman Katolik Beon Bong dekat Seoul dan hampir dibakar di pusat pembakaran mayat, pagi kelmarin. NAmun atas inisiatif sesetengah pihak termasuk dari kedutaan Malaysia, akhirnya pembakaran mayat mariam johari ditangguhkan berikutan atas permintaan keluarga Mariam diMalaysia agar beliau dapat disemadikan diMalaysia. namun mengikut wasiat yang dikatakan ditulis oleh Mariam Johari, beliau meminta agar dikebumikan mengikut adat Bangsa Korea, mengikut adat kristian. sedih melihat hilangnya sebuah identiti bagi seorang yang asalnya bergelar muslim. ikutilah alkisahnya selanjutnya Mariam binti Johari di laman sesawang.

walau apapun, andai semasa menggalnya Mariam, dia adalah seorang muslim moga ALLAH mengampunkan segala dosanya.



p/s: teringat ana perihal kisah Natrah. moga tiada lagi kisah sedih yangmenyayat hati. Ya Allah, jagalah hati hati kami dari kemurkaanmu. janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri hidayat pada kami. apalah gunanya hidup didunia ini akhirnya akhirat nanti neraka tempatnya

No comments: