untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Tuesday, September 8, 2009

One Malaysia: retorik seorang pemimpin?

tatkala berlalu seorang pemimpin, berlalu jugalah bersamanya sebuah slogan yang sebelumnya kerap disebut dan dilaung laungan. lihat sahajalah perihal mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi. semasa pemerintahan beliau, betapa banyak slogan yang dilaungkan terutama slogan 'Islam Hadhari" dan " cemerlang, gemilang terbilang". sesudah beliau bersara, pergi bersamanya slogan slogan indah. dimana islam hadhari yang diulang ulang sebelum ini oleh pemimpin negara? dimana konsep yang dikatakan bakal membawa umat islam di malaysia menjadi umat yang bertamadun itu. hilang lenyap. begitu juga dengan Tun Dr Mahathir Mohamed. juga slogan yang dibawanya bersama satu pemerintahan yang cukup lama. namun sudah kelebihan Tun. beliau cukup lama berkhidmat menjadi PM selama 23 tahun. slogannya seakan sebati dengan naluri dan aspirasi rakyat Malaysia. sebuatlah slogan yang cukup popular " wawasan 2020". satu gagasan yang dilihat mampu membawa malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. namun tatkala Tun berundur, slogan itu juga berundur bersamanya. sedih melihat aspirasi seorang pemimpin lenyap bersama tanpa ada penerusan. hari ini, " one malaysia" atau dalam bahasa melayu " satu malaysia" dicanang di seluruh negara. adakah ianya juga akan terkubur sebagaimana slogan pemimpin negara terdahulu. buka sahaja berita di RTM. pasti akan kedengaran ucapan " assalamualaikum dan salam satu malaysia". ah, cukup indah ungkapan. sebelumnya disebut " salam sejahtera dan salam satu malaysia" . betapa nampak sifat jahiliyyah disitu. selepas dikritik hebat akhirnya kembali jua kepada "assalamualaikumdan salam satu malaysia". sedih kekadang melihat idea idea hebat, cetusan pemikiran yang mantap akhirnya langsung tidak membawa apa apa makna dan pengertian. mungkin benar ia hanya sebuah gimik untuk mempopularkan pemimpin tertentu.
..............................................................................

satu perjuangan hidup

tatkala aku menulis ruangan ini, aku sebenarnya berada dia atas bas transnasional menuju ke Kuantan , rumah akak aku. dah lama tak berjumpa kok. banyak perkara bermain main dibenak fikiranku, mengenangkan satu semangat yang ingin dituju. perjumpaan semalam bersama faez Amir seakan terawang awang difikiranku. aku sebenarnya suka sangt berborak ngan dia, mungkin kerana aku merasakan dia seorang yang sesuai untuk aku berkongsi sesuatu. bak kata seorang doktor padanya, : yang penting kita kena tahu tujuan kita . aku terkesima. benarlah kata kata seorang pakar motivasi suatu ketika dulu

" sebenarnya manusia hanya satu langkah sahaja lagi untuk berjaya, namun tatkala itu dia berputus asa dan kecewa. alangkah malangnya. andaikata dia cuba untuk meneruskan langkah terakhir itu, pasti segalanya berubah"

begitu juga hidup aku, dalam banyak banyak perkara yang aku ingin dalam hidup ini, tak semua aku dapat. banyak air mata yang keluar, penat, tension, itu semua sudah menjadi lumrah aku. namun ia tidak pernah sesekali mematahkan semangat aku untuk terus bergerak. kerana itulah prinsip hidup aku. walau terpaksa merangkak akanku harungi jua. kejarlah cita cita setinggi awan walau nampak mustahil, kerana disitulah terletaknya keistimewaan hidup seorang individu.
.................................................................................

SPM : kenangan terindah

teringat aku perihal semasa berada di tingkatan 5 sekolah Maahad Muhammadi dahulu. nak kata aku seorang pelajar yang pintar jauh sekali pada pandangan hidupku, namun aku seorang yang payah untuk berputus asa. itu satu kelebihanku. sebut sahaja apa yang orang tak kata pada aku. " amin tak pandai bahasa inggeris", " jgn harap nak dapat A1 add mate kalau result percubaan macam ni", namun itu semua langsung tidk mematahkan cita cita aku untuk berjaya. orang kata rezeki semuanya ditangan Allah. kita yang mengubah nasib kita sendiri. tak pernah ada istilah penat dan lelah. akhirnya siapa sangka pelajar inilah antara yang berjaya mengharumkan nama sekolah dengan mendapat 13 A (10A1 3 A2). Adakah sama aku yang itu dengan aku yang sekarang?
..............................................................................

AKU DAN POLITIK

tak tahula macam mana hidup aku tanpa berita berita politik. tatkala sahabat aku yang lain sibuk denagan perkara lain, main dota, tengok movie, itulah pengisian masa lapang aku. apa lagi kalau buakan berita politik. entah macam mana aku boleh terlibat dalam persoalan dan isu isu semasa politik ni. mungkin pengaruh ayah aku yang sering mengikuti perkembangan politik semasa. tapi tidaklah aku hadkan hanya tentang politik kepartian di Malaysia. politik aku luas. perihal antarabangsa banyak mempengaruhi dan mencorak pemikiran dan minda aku. lebih lebih lagi setiap kali aku pulang bercuti di Kelantan. mungkin sudah adat orang Kelantan, politik terbuka dikedai kedai kopi merupakan lumrah kehidupan. kerana itulah mungkin Kelantan pernah diistilahkan sebagai universiti terbuka. dan ayahlah sebenarnya yang banyak mencorakkan hidup aku terhadap politik. masakan tidak, setiap kali berborak dengan dia, pasti persoalan politik antara tajuk utama kami.

No comments: