untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Thursday, September 17, 2009

last dah ni. raya lah

payah aku nak cakap, payah jugak aku nak tulis. ligat otak aku ni berpusing pusing duk fikir camana aku nak habaq. tatkala ni semua adik beradik aku dah selamat tiba kat kelantan. tinggal abang aku sorang aje lagi. raya ni insya Allah buat kesekian kalinya kami 10 beradik bersama suami dan isteri masing masing ( yang dah kahwin la) akan beraya rumah ayah nie. meriah meriah, tapi dalam otak aku ni masih lagi ligat duk berfikir, berfikir sesuatu tentang benda yang tak wujud, yang abstrak, yang penug dengan imaginasi untuk memilih antara yang tak terpilih, menghitung sesuatu yang susah untuk ditafsir. caknakah aku sebenarnya

biarlah kali ini aku meluahkannya, bukan selama ini aku tak pernah meluahkan, bukan juga selama ini aku memendam rasa, namun rasanya cukuplah waktu itu, dah lama aku rasakan, yang jelas masa tidak selamanya menunggu aku, waktu yang berlalu bagaikan menjerit jerit mengatakan sudah sampai waktunya untuk berlari, dan larian itu seumpama larian obor sukan olimpik yang pernah dibawa oleh Datuk Siti Nurhaliza suatu ketika dulu ( ye ke? mungkin sekadar sebahagian dari imaginasi-imaginasi mimpi aku yang aku simpan dalam album kenangan). dan sebenarnya itulah yang membawa aku ke puncak mahligai selama ini samada aku sedar atau tidak.

namun bagaikan hanya semalam peristiwa itu berlaku dan hari ini ia berlaku lagi walau aku cuba untuk menafikannya. aku cuba sedaya upaya untuk mengatakan tidak, tak nak macam iklan rokok yang dipopularkan time zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu yang dah tak kedengaran dah lani. tapi makin aku kata taknak ianya seumpama menyerang ku balik. tatkala itu aku memang benci untuk menangis dan menjerit malah melolong macam orang yang kat Tanjung Rambutan tu, tapi ianya aku akui cukup pedih dan derita. tapi yang lebih sedih dan derita lagi bilamana ianya payah nak diubati. lantas aku mengorek isi dia dalam dalam dan nak tak nak aku jumpa jugak isi yang cukup masam dan berbau hanyir( ye ke rasa buah hanyir?). entahlah. yang tu aku memang kena akuinya sebab ia dah berdarah daging dah.

so aku terus pikir apa dan bila dan bagaimana nak aku buat supaya ia tak membeku dan terus berdarah daging. silapnya aku biarkan virus itu terus menyerang dengan ganasnya tanpa aku berusaha menyerang dan bertahan kerana tatkala itu aku cukup lemah tak mampu aku pikirkan apa yang patut aku buat. tapi sekarang minda aku cukup tegar dan segar bagai pahlawan satria yang baru mendirikan tumah tangga ( camna tu tanya Ustaz Akhil Hayy dan Waheeda Wassini). bak kata pepatah time ni la time nak serbu dan menyerang habisan. biarlah masa yang menentukan kata Pak cik aku kat kampung.

dah gtu yang zahirnya mudah untuk diamati bahawa waktu akan terus berlalu bersama kenangn semalam. selagi matahari terus berputar, selagi bulan terus dipaksinya, selagi bumi terus mengelilingi sang suria, selagi mana siang berputar dengan malam, selagi itulah langkah perlu diteruskan. bukan sesekali bererti andai malam menjelma, siang tidak akan muncul. yang jelas, biarlah malam itu muncul sendirinya kerana tatkala itulah bukti bahawa siang menanti untuk tiba

semudah bicara boleh dicurahkan namun yang kenal hanya hati kecil yang mampu berbicara. nyahlah segala luka semalam yang penting senyuman bakal menyerlah pada hari esok.

akhirnya bebanyak salam kemaafan buat pengunjung blog aku ni andai ada terkasar ayat dan berita. sedar tak sedar blog aku ni bermula pada bulan 3 lani dah bulan sembilan dengan pengunjung mencecah 1700 orang. terima kasih yang sudi menjenguk.moga hidup kita penuh dengan keberkatan Ilahi

salam aidilfitri buat kekasih hatiku


aku yang bernama
dramin

No comments: