untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Sunday, August 30, 2009

kepala lembu dan sebuah agama

hari ini andai ada yang mengambil kesah perihal peristiwa semasa yang berlaku ditanah air pasti akan terkejut dengan satu peristiwa perarakan yang dikatakan diketuai oleh beberapa NGO melayu. perarakan tersebut adalah untuk membantah keputusan kerajaan negeri selangor yang ingin memindahkan tapak pembangunan sebuah kuil hindu ke seksyen 23 dimana anjakan sekitar 300 meter dari cadangan asal.

itu satu hal yang perlu dibincangkan dan kerajaan selangor diketuai tan sri khalid ibrahim telahpun mengarahkan untuk diadakan pertemuan dengan penduduk. ( baca akhbar bertarikh 30 ogos). namun yang menjadi persoalannya disini adalah sikap para manusia yang berarak pada hari tersebuat yang sengaja ingin menimbulkan provokasi agama dengan membawa dan mengarak kepala seekor lembu. bukankah mereka tahu yang lembu merupakan satu binatang yang dianggap suci oleh masyarkat hindu seluruh dunia. namun kumpulan ini sebenarnya sengaja untuk menimbulkan api kemarahan dan kebencian penganut agama lain terhadapa islam. inikah caranya yang diajarkan opeh Rasulullah dalam menyampaikan dakwah bilhikmah dan hasanah? lebih lebih lagi perarakan itu dimulakan selepas solat jumaat dan disekitar masjid.sudahkan kita merasa cukup senang hidup dalam masyarakat pelbagai kaum aman dan harmoni sehingga kita ingin sesekali mencetuskan api kemarahan orang lain kepada kita

"Mereka ini cuba menunjuk hero apabila mencanangkan merekalah pembela agama tetapi langkah membawa kepala lembu yang diletakkan di pejabat SUK Selangor adalah perbuatan yang tidak bertanggung jawab dan memalukan umat Islam di negara ini," ujar Adun Demit.

Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menghina agama orang lain.

Di dalam surah al-An'am ayat 108, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Janganlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah, nanti mereka juga akan memaki hamun Tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan".

banyak pihak sebenarnya cukup kesal dengan peristiwa yang berlaku tersebut dan menyalahkan pihak keselamtan yang tidak tegas dalam menangani isu ini. pihak polis dikatakan hanya mengawala dan memerhatikan dari jauh perarakan itu tanpa mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menghentikan tindakan terlampau tersebut. ingatlah wahai saudara seagamaku, andai kita tidak tahu untuk menghormati agama dan kepercayaan orang , mana tahu suatu hari nanti mereka juga mampu untuk berbuat sebegitu kepada agama kita. berhati hatilah dalam mengeluarkan budi bicara.
barulah islam nampak sebagai rahmatan lil alamain.

islam for all



1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!

2. "Aku tidak akan menyembah apa Yang kamu sembah.

3. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) Yang Aku sembah.

4. "Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

5. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat.

6. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".


to all my Indian's friends : aku merasa sungguh kesal dengan apa yang berlaku. mungkin akulah orang pertama yang terpaksa memohon maaf kepada anda semua andai peristiwa tersebut mengguris hati kalian. aku juga islam dan mereka juga islam namun aku tahu untuk menghormati agama orang lain.

sekian
aku yang bernama
dramin
kota bharu

3 comments:

aku dr amin said...

ada seseorang yang komen entry blog ana kali ni antaranya berbunyi begini :

"ana kena juga sentuh pasal pembinaan kuil dekat ngan surau. ana tulis blog ni seolah olah buakn mereka yang cari pasal dahulu"

mungkin baik kalau kita tolak isu perkauman. bukankah semalanm baru sudah kita menyambut kari kemerdekaan yang ke 52 dengan slogan 1 malaysia yang telah dilaungkan oleh Perdana Menteri kita tercinta. ini ditujukan untuk semua yang merasa bergelar rakyat malaysia. sudah tiba kita keluar darik kepompong kaum. islam itu untuk semua bak kata tok guru nik abdul aziz : andaikata ada seorang cina islam yang lebih alim dan warak itu lebih sesuai menjadi menteri besar kelantan daripada seorang melayu yang rasuah, dan perangai buruk.

serasa ana perkara itu masih dalam pertimbangan kerajaan negeri selangor dan insya ALlah semua itu berada dalam budia bicara mereka. yang ana terasa hanyalah sikap kita sebagai seorang muslim yang perlu berhati hati dalam tindakan kita. sepatutnya biarlah tindakan kita itu bertujuan untuk mendekatkan orang bukan islam supaya menreka dekat dan yakin dengan agama kita. sekurangnya kita mampu menghakis islamophobia dikalangn masyarakat non muslim.

:: ARA :: said...

Dr luar, mmg nampak isu perkauman. But beyond that, this is hidden political issue that need to be seen in wider worldview.

Anonymous said...

sedih melihat gelagat mereka yang sengaja mengaku penduduk kawasan tatkala sesi dialog bersama menteri besar dan ahli parlimen shah alam. bacalah harakahdaily.net dan laman sesawang ahli parlimen shah alam di http://www.khalidsamad.com/. sedih melihat perangai orang yang seolah datang bukan untuk mendengar dan berbincang dengan ahli parlimen dan mb. sekurangnya respeklah seorang MB