untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Tuesday, March 17, 2009

cinta seorang mukmin

Cinta seorang mukmin
Bila berbicara soal cinta, sudah tentu kita akan terbayang cinta seorang remaja. Betapa indahnya gambaran yang diberikan seumpama karya karya indah yang sering dipaparkan dan dipertontonkan di minda masyarakat. Namun betapa indah cinta itu andai tanpa didasarkan nilai nilai keimanan dan ketakwaan apalah gunanya.
Betapa indahnya cinta itu seumpama cinta seorang nabi tatkala dilanda sakaratulmaut. Diceritakan bilamana malaikat maut datang untuk menjemput baginda mengadap allah, nabi mengeluh dan berkata umatku, umatku sebanyak 3 kali. Itulah cinta seorang nabi walaupun dirinya dilanda kematian tapi masih mengingati umatnya.
Cinta itu bagi seorang mukmin bukan hanya seumpama mengungkapkan kakat kata i love u ataupaun mengirimkan sekuntum bunga ros merah dihari lahir kekasih yang disayangi ataupun yang lebih teruk lagi menguncupkan satu ciuman indah kerana dia kekasihku, kekasihku adalah milikku. Inilah antara gejala yang semakin menular dikalangan sahabat kita mukmin, betapa budaya barat itutelah mula menulari dalam kehidupan kita sehari hari.
Cinta yang hakiki bagi seorang mukmin didasari dengan cinta hanya kerana allah. Hablum minannas wa hablum minallah. Aku mencintainya semata mata kerana cintaku kepada allah. Aku inginkan seorang isteri sebagai kekasih hati yang solehah yang mampu membimbingku tatkala aku dilanda kesesatan dan dialah bakal menjadi seorang ibu yang mampu melahirkan anak anka yang soleh yg mampu mengembangkan syariat islam dikemudian hari. aku tidak inginkan dia seumpama bidadari, kerana aku tahu aku bukanlah seumpama sang bidadara.aku tidak mengimpikan kekasihku zulaikha kerana aku bukanlah yusof. Aku juga tidak mengimpikan aisyah kerana aku bukanlah nabi, namun cukuplah andai dia mampu untuk menjadi pengikut setia aisyah kerana aku adalah pengikut setia rasul tercinta...
Mohd amin bin ismail
Batch 22

No comments: