Semasa saya menulis, saya berada di Kedah. 2 hari mengikuti masterclass laparoscopic surgery in gynaecology di Hospital Sultan Abdul Halim. 3 malam saya berada di Park Avenue Hotel. 3 hari bersarapan di hotel. Nikmat manakan yang saya mahu nafikan lagi.
Teringat kisah saya kecil kecil dahulu. Ayah bukanlah seorang yang kaya. Ayah seorang insan biasa tapi jiwanya jiwa luar biasa dalam mendidik 10 orang anak sehingga berjaya. Beliau tidak pernah mengeluh dalam membesarkan kami 10 beradik. Cita cita nya setiap dari kami mesti masuk ke universiti.
Saya masih ingat kata kata indah ayah: Ayah tiada harta untum diwariskan. Ayah hanya mampu beri ilmu kemudian biarlah anak anak ayah cari sendiri kehidupan.
Kata ayah lagi: Apabila Amin sudah berjaya, jangan lupakan adik adik. Bantulah mereka biar mereka berjaya seperti Amin
Alhamdulillah itulah yang saya senantiasa sematkan dijiwa. Jiwa seorang pemuda, anak remaja kampung yang sentiasa berusaha, bertawakkal dn mempunya cita cita setinggi bulan untuk berjaya.
Teringat kisah seorang cikgu bahasa inggeris di sekolah menengah. Beliau berkata: Amin kena pandai belajar bahasa inggeris. Lepas ni kalau tak hebat bahasa inggeris Amin tak boleh pergi jauh. Dari situlah anak muda ini belajar dengan
segala kekurangan yang ada menimba ilmu dan tidak berhenti. Dari seorang yang senantiasa dapat D bahasa inggeris dalam peperiksaan, akhirnya mampu mendapat A1 dalam SPM, seterusnya belajar menyambung pelajaran dalam bidang sains tulen yang 100% ilmunya dalam bahasa inggeris, belajar di Taylors College , terbang ke India untuk meneruskan cita cita yang tinggi melangit, kembali ke Malaysia dan masih menyimpan cita cita lagi untuk kembali terbang. Kali ini cita cita itu disimpan lagi untuk menghabiskan peperiksaan kepakaran dalam bidang obstetric and gynaecology MRCOG di United Kingdom. Apakah saya mampu? Biarlah masa yang menentukan.
Iya. Saya bukan seorang yang pandai. Tapi kakak kata hati saya hati yang keras. Jika saya mahukan sesuatu, saya pasti berusaha bersungguh sungguh. Iya. Hati saya hati tisu bila berdepan dengan sebuah cita cita. Semenjak dari kolej perubatan lagi bilamana saya ditanya apakah cita cita saya, jawapannya saya mahu menjadi pakar sakit puan dan perbidanan. Kenapa? Kenapa seorang lelaki mahu menjadi pakar perbidanan dan sakit puan? Tidak adakah bidang lain yang lebih baik? Bayak betul persoalan. Biarlah mereka menyoal kerana akhirnya mereka akan mengerti selepas hasil terjadi. Tidak semua perkara boleh dijawab dengan kata kata. Ada beberapa benda akan terjawab bilamana buat masak dan bersedia untuk dijamah. Pasti jika buah itu dari baka yang baik, isinya akan menjadi amat manis dan menggembirakan orang disekeliling.
Satu sahaja yang saya sematkan dihati. Cekal dan tabah dalam mengjadapi kehidupan. Sematkan cita cita setinggi gunung kinabalu. Andai kita gagal, paling kurang kita pernah sampai dikaki gunung kinabalu. Bersamalah mereka yang positif yang mampu membinbing kita secara aktif dan pasif. Insya Allah dari menjadi seorang anak kampung yang tidak pernah kenal apa itu kfc, kita mampu terbang jauh diawangan mengejar cita cita.
Mungkin satu hari nanti saya berazam untuk menikmati hidangan mcdonalds di tengah tengah kota London. Doakan saya
Dr Mohd Amin Ismail
Doktor dijabatan sakit puan dan perbidanan
Hospital Raja Perempuan Zainab II
Graduan dari India
Part 1 MRCOG

1 comment:
Nice post!Thanks for sharing this information.
hiv aids treatment in mumbai
latest hiv treatment in india
Post a Comment