untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Monday, August 3, 2015

general medical posting

.Memang seronok medical posting di Hospital saya. Tapi saya bukan budak medical based. saya budak surgical based. inilah yang saya cakap kepada senior Manipal saya apabila beliau bertanya apa minat saya dimasa hadapan.

"Saya surgical based person dr!'

Apapun, sudah 2 bulan setengah saya di medical psoting. sejak minggu lepas saya berada di subspecialiti posting. posting sub pertama adalah nephrologi. seronok. :) walaupun hari hari saya pulang sekitar 6.30 petang, tapi kerja disini memang menyeronokkan. lagi seronok kalau dapat buat sendiri prosedur seperti memasang Internal jugular catheter, femoral catheter. ish. geram pulak. cuma sekarang masih belum berpeluang nak memasang IJC. Tadi pun bos dan mula bersuara,

" kenapa tak suruh si Amin ni pasang IJC".

Saya memang suka buat prosedur prosedur ni. semasa tagging di acute bed, saya dah dapat seorang pesakit intubated dan indikated untuk hemodialisis kerana masalah buah pinggan acute kerana sepsis. disebabkan pesakit tidak ditempatkan di wad ICU kerana kekurangan katil, pesakit terpaksa ditempatkan di general medikal wad dan pesakit perlu melalui prosedur dialisis peritoneal (peritoneal dialisis). macam tak percaya saya mampu buat PD kat wad. terima kasih kepada kawan kawan yang mengajar.

Mula mula masuk nephro pulak, kebetulan satu pesakit nephro end stage renalfailure masuk wad kerana semput. xray dada memang banyak air dalam paru paru ( pleural effusion). mulanya bos suruh buat dialisis air je. keesokan harinya sebelum di discaj dari hospital, bos besar pulak suruh buat peritoneal dialisis. apa lagi 900 cc straw fluid dapat dikeluarkan.

 prosedure done by DR AMIN!

7.12 MALAM
3/8/15


4 comments:

azliani ismail said...

Last sekali before discharge tu peritoneal dialysis ke peritoneal tapping?ke pleural tapping? Hihi

aku dr amin said...

HUH

fara said...

salam.dr plis buat entry utk tips before jd huseman.saya dah nak kena panggil by the end of feb 2016 ni.tapi x taw nak revise apa..banyak sangat..dah la kita tak taw lagi posting apa dulu.huhu.harap dr amin boleh mmbantu bakal ho selain adik2 yg nak ambik medic and medical student.thanks.

aku dr amin said...

insya Allah jika saya berkesempatan. entry houseman sekarang dengan dulu mungkin berbeza. apapun good luck :)