untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Monday, July 13, 2015

Surat untuk bakal isteriku

1. pertamanya aku meringankan diriku untuk menulis warkah cinta ini, kerana aku merasakan sentuhan pena itu amat tajam sekali. Ketahuilah andai sejak kelahiran kita, kita bersendirian , kita diasuh oleh kedua ibu dan ayah, kita melangkah ke alam persekolahan, kita berjuang di medan ilmu dan masyarakat. Namun siapa sangka akhirnya kita bakal bertemu dan membina sebuah istana bahagia yang didalamnya dipenuhi dengan nikmat dan keredhaan dari Tuhan.

2. Tidak pernah aku membayangkan bahawa kamu adalah bakal zaujahku suatu hari nanti. Memang benar jodoh itu adalah ketentuan Tuhan. Tapi ketentuan Tuhan itu penuh dengan misteri dan bayangan. Tidak pernah terlintas didalam benakku, tidak pernah terbayang dimindaku bahawa suatu hari nanti aku akan berzaujahkan kamu. Semoga Tuhan meredhai aku dan Tuhan juga memberkati kamu

3. Ketahuilah, aku merupakan manusia biasa sama seperti lelaki lelaki lain, cumanya aku ada prinsip aku sendiri. Aku ada tujuan aku sendiri untuk hidup didunia ini. Aku juga percaya setiap laki laki yang lahir didunia ini, juga mempunyai hala tuju sendiri. itulah keistimewaan sang lelaki. Dan pasti kamu sebagai seorang wanita muslimah perlu mengerti akan bakal zaujmu agar kamu mampu bersabar dengan kerenahku tatkala kita mula membina mahligai indah

4. Sebagaimana aku dengan prinsipku, aku juga mengerti kamu sebagai seorang manusia biasa. kamu juga bukanlah malaikat yang tiada nafsu terhadapa dunia. kamu juga aku pasti mempunyai cita cita dan keinginan sendiri. kamu sudah pasti tidak mahu bakal zaujmu mengongkong kehidupan kamu selepas berumah tangga. kamu pasti mahu membuat keputusan tersendiri terhadap beberapa perkara yang melibatkan kehidupan peribadimu dan keluargamu yang kamu telah bina semenjak kamu mengenali diri ku lagi. Insya Allah, pasti aku akan mengerti akan hal itu.

5. Dulu, aku sering berkhayal kepada Tuhan, andaikata aku diberikan cinta, biarlah cinta itu seumpama Aisyah kepada Muhammad. Andainya aku ditemukan sebuah hati, biarlah hati itu seumpama Balqis kepada Sulaiman. Iya. khayalan itu cukup indah. Sedang realitinya memerlukan kepada sebuah tanggung jawab yang berat. Adakah aku sudah cukup sempurna seumpama Nabi Muhammad untuk menerima cinta Aisyah R.A.H. Adakah aku juga hebat seperti Raja Sulaiman untuk menerima kasih Sang Ratu Balqis. Sedang aku manusia biasa yang masih lagi mendaki tangga tangga usaha untuk menuju kepuncak kejayaan.


6. Ingin aku nukilkan kepadamu wasiat orang orang tua yang telah makan garam jauh lamanya dari kita, perkahwinan itu sebuah pertemuan antara dua pasangan berlainan jantina yang tidak pernah halal sebelumnya. Ia dibina diatas akad yang suci yang telah menghalalkan antara keduanya, Seterusnya kedua itu mula beriltizam untuk membina sebuah mahligai yang indah, belayar menuju kedestinasi cinta. dalam pelayaran itu, tidak sesekali lautan sering tenang. Ada kalanya ombak dan gelombang sering membadai. Ada sekali sekala, kilat dan petir sabung menyabung. Ada waktu waktunya, kebocoran berlaku disana sini, namun anak anak kapal perlu bekerja keras dan bersatu hati untuk saling mengukuhkan antara satu sama lain agar destinasi yang dituju sampai.

7. Marilah kita bermuhasabah cinta. Adakah kita mengerti akan tujuan kita dihidupkan dimuka bumi ini. Kita ada halatuju yang dibekalkan Tuhan berdasarkan sumber wahyu. Selama ini, bebanan itu kita tanggung sendirian. Selama ini bebanan itu kita hadam secara individu. Tapi, selepas ini, pasti bebanan dan tekanan itu kita boleh berkongsi bersama , bahu membahu dan itulah nikmatnya sebuah perkahwinan.

8. Aku berdoa agar Tuhan terus memperkukuhkan hatimu dan hatiku sepanjang perjalanan kita kearah membina mahligai ini. semoga kita dibekalkan dengan ilmu yang cukup agar kita mampu membina bukan sahaja mahligai yang gah pada kanta dunia, tetapi juga sebuah mahligai yang mana didalamnya penuh dengan keberkatan. Apalah ertinya sebuah ikatan yang kosong. marilah kita belajar dari pengalaman pengalaman manusia lain, pengalaman pengalam kita yang lepas agar kita bisa menjadi matang.

Salam rindu dari ku, bakal suamimu

penulis blog aku budak medik.

1 comment:

AZNIAL RAHMAT said...

PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

Clinic information:-

PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833