Saya tidak tahu orang lain. Tapi cuba kita tanya diri sendiri, adakah kita selesa dengan kehidupan kita pada hari ini? Ataupun kita masih dahaga untuk mencari sesuatu yang lain? Kalau kita adalah orang yang kedua itu, Alhamdulillah kita memang manusia yang hebat kerana kita mahu berusaha dan terus berusaha untuk menjadi seseorang yang sangat istimewa. Paling kurang kita mesti menjadi seorang yang teristimewa kepada ibu dan ayah, suami dan isteri dan anak anak kita. Biarkan mereka merasa bangga mempunyai seorang anak, isteri, suami dan ayah yang hebat.
pesnyarah saya pernah berkata, jangan menjadi manusia yang bersifat mayat. Mereka hidup tetapi kehidupannya sia sia. Tiada manfaat pada diri, tiada manfaat pada manusia disekeliling malah langsung tiada manfaat pada kehidupan.
Manusia hebat adalah manusia yang apabila dia hadir kesesuatu tempat, dia menyuburkan tempat itu. Dia menanam benih benih yang bakal bercambah. Mingkin dia tidak sempat untuk menikmati hasil dari tanaman itu, kemudian dia pergi meninggalkan tempat itu. Namun hasil yang hadir mampu dinikmati oleh ramai orang. Manusia lantas menyebut nyebut akan namannya padahal dia sudah pergi jauh ke tempat lain. Kemudian apabila dia tiba ditempat lain, dia mula menanam lagi benih benih yang akan tumbuh subur memberi manfaat pada ribuan malah jutaan manusia.
kalam Ulama agar hari ini lebih baik dari semalam. Pada masa sama terus berharap dan berusaha agar hari esok selamanya lebih baik dari hari ini. Inilah sepatutnya menjadi jatidiri pada manusia muslim seperti kita. Jangan biarkan kita berada di zon selesa selamanya. Jangan juga selamanya berada ditakuk sama. Kita perlu bergerak. Kita perlu berhijrah dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Kita perlu melompat dari satu aras ke aras lain agar keyakinan kita menjadi semakin kuat. Kita perlu meluaskan idea dan pemandangan kita.
Berjalanlah kebanyak tempat agar minda kita terbuka. kenalkan diri dengan pelbagai budaya dan makanan agar lidah kita mampu merasai kepelbagaian manisan dan kepahitan yang ada. ( Saya makan Nandos, saya makan sushi, saya makan beriani, saya makan parota dan cheese nan. saya sangat suka Lamb of Rocks di Mangalore India). selagi kita belum merasainya dengan lidah sendiri, selama itu kita tidak akan pernah memahami apa ertinya manis dan apa ertinya pahit. Kita hanya sekadar memahaminya di akal tetapi jiwa kita tidak pernah dengan sendiri merasainya.
Berbeza antara manusia yang menempuh sesuatu dengan pengalaman sendiri dengan manusia yang merasai sesuatu dengan mendengar. Berbeza antara manusia yang membaca tentang keadaaan di bumi Australia dengan manusia yang berhijrah kesana dan menikmati sendiri buah epal yang lazat, menyentuh bunga bunga indah pelbagai warna.
Saya mengimpikan sesuatu yang hebat dalam hidup. ini adalah azam yang saya pegang selama ini. Ingatlah cabaran pasti ada namun kita mesti terus gagah melangkah dan berusaha. Jika gagal, biarkan kegagalan itu menjadi cabaran paling besar kepada diri ini.
Yang penting kita mahu menjadi seseorang yang istimewa,
kita hanya akan belajar dari kehidupan bilamana kita membuat kesalahan dalam hidup
saya pernah berada di India. saya pernah berada di Mesir. dan saya mahu ke Australia. saya juga bercita cita ke Amerika dan England!!
Aku budak medik yang istimewa :)

3 comments:
Salam Dr. Sy ad kemusykilan sikit n tak tahu nak rujuk pada siape. Mungkin Dr. Dapat membantu sy. Saya sekarang sedang belajar bac sc hons in biochemistry n will be graduating in 2 years, InsyaAllah. By that time, im already 23 years old. Possible ke kalau sy nk melanjut kn pelajaran in dentistry after graduate. Relevan kah pilihan sy tu? Harap Dr. Dpt berkongsi pendapat. Tq very much.
boleh je
Nak jadi luarbiasa, kena berani jadikan yang tak biasa kepada biasa. Keluar drpd comfort zone. Mula sukakan perkara yang mula2 tak suka. Belajar mencuba perkara yg tak pernah dicuba.
Post a Comment