untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Thursday, October 16, 2014

My OnG Posting

Setakat 3 minggu selepas habis cuti tagging selama 2 hari, saya belum lagi dapat cuti walau sehari. maknanya saya sedang bekerja selama 7 hari seminggu untuk tempoh 3 minggu ini tanpa henti. hebat bukan kerja sebagaiseorang houseman?

Pesakit saya sendiri tertanya tanya kenapa dr yang sama mereka lihat diawal pagi, pada waktu tengah hari sampai ke malam hari. Esok pagi dr sama lagi muncul diawal pagi sekitar jam 6.30. Sememangnya dan sejujurnya saya boleh khabarkan pada waktu ini ada hanya seramai 25 HO untuk posting OnG di HTAA. Dalam satu tempoh masa 2 orang HO perlu menjaga antenatal ward dan postnatal ward dalam waktu sama, 2 orang haja Ho yang menjaga High Risk Labor Room dan 2 HO sahaja yang menjaga gynae ward. Cuti kami dibekukan !!

Saya jeleous apabila dikhabarkan ada rakan rakan kami di hospital lain dalam posting yang sama mendapat cuti paling kurang sehari seminggu. Sedang kami bukan setakat cuti wajib sehari seminggu kami tidak dapat, cuti lain juga dibekukan sementara menunggu kemasukan HO baru pada akhir bulan ini.

__________________________________________________________________________

Saya masih ingat kata kata guru saya HOD Melaka Manipal Medical College, ibu mengandung sebenarnya bukan pesakit bahkan mereka tidak layak digelar pesakit. Kerana apa? kerana mengandung adalah perkara physiology bagi seorang wanita. mengandung bukan sejenis penyakit pathology. Ia adalah sesuatu yang normal bahkan menjadi abnormal jika seorang wanita yang sudah berkahiwn tidak mengandung.

___________________________________________________________________________

Seronok saya melihat adik adik pelajar UIAM di wad kami. teringat zaman saya menjadi pelajar dahulu. bila bila kami mahu masuk wad, kami masuk. bila bila kami mah keluar dari wad, kami keluar. Tetapi apabila menjadi seorang doktor, komitmen mula muncul. kamiada waktu kerja yang khusus. pesakit pula boleh muncul dengan pelbagai ragam dan karenah. Tiba tiba ada pesakit mengerang keras kesakitan, ada pesakit mengadu turun air, ada pesakita bp  tinggi dan sebagainya.

Sekejap sekejap jururawat panggil  untuk memberitahu ada pesakit perlu diambil darah untuk diuji. sungguh sibuk wad terutamanya apabila kurang doktor berbanding nisbah bilangan pesakit.

_____________________________________________________________________________

sudah pasti keriuhan diwad tidak pernah terhenti. kerja seorang doktor juga tidak akan pernah habis. yang kami mampu buat hanyalah memastikan pesakit kami akan terus di monitor secara berterusan melalui sistem pass over kepada doktor yang akan bekerja pada syif berikutnya. :)