untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Wednesday, October 31, 2012

Im a specialist not God.

Kadang kadang, banyak perkara yang menyayat hati berlaku dihospital. Bila follow ward round ikut specialist, tatkala pesakit bertanya " Dr, ada harapan saya nak sembuh seperti sediakala tak?".

Kita akan nampak betapa beratnya seorang doktor untuk menjawab soalan sebegini. Dr mengeluh panjang. Haishhh.... Wajahnya seakan mengatakan " Im a specialist, but Im not God".

"Sakit anda teruk sangat, tu

lang belikat patah, tulang tangan patah, tulang punggung patah, tulang kaki remuh.Susah la kita nak kembalikan pada sediakala"

pesakit tanya lagi; "Kaki ni, foot drop boleh ke kembali pada asal, palling senang saya dapat berjalan pakai tongkat pun takpe"

Dr mengeluh lagi " tengok pada keadaan. Kita hantar anda pergi buat physiotherapy dulu. nak cakap pun susah. 50 -50 la"

Dr mengeluh lagi, desperate. clueless.

saya bertanya : Abang dah ada anak? Umur 38 tahun?

Pesakit jawab " Belum lagi. Saya baru kahwin bulan 12 tahun lepas".

Masya Allah...

Tapi yang membuatkan hati saya tabah adalah apabila pesakit dapat menghargai setiap patah perkataan yang Dr berikan dengan hati yang tersangat tabah. Semangatnya kuat untuk meneruskan hidup.

Hati saya pilu melihat adanya perkara yang tidak mampu kita lakukan dalam hidup untuk membuatkan manusia ketawa.... Bersyukurlah kiranya kita mampu membuatkan mereka walau sekadar tersenyum.

Tabahlah hati

2 comments:

Cik Engr Aishah Zakaria said...

semoga doktor dberi kekuatan untuk berdepan dengan situasi yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal

Anonymous said...

Tq doktor sebab keikhlasan anda merawat dan cuba membantu pesakit..walau dimana anda berada, from bottom of my heart, I salute doktor yg bekerja dgn ikhlas