untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Monday, April 11, 2011

saya tak mahu gagal lagi

saya mulakan dengan satu perumpamaan. saya tidak mahu gagal lagi. kata salah seorang kawan saya. mungkin dia telah merasa betapa susahnya kalau kita gagal dalam hidup. kalau seorang manusia itu pernah mengalami sesuatu peristiwa yang amat pahit dalam hidup mereka, pastu kadang kadang perkara itu akan menjadi sesuatu yang trauma untuknya. samada dia akan jatuh lagi, atau dia akan berusaha dengan sungguh sungguh untuk menghindarinya. namun pernah ke kita terfikir, kegagalan itu adalah satu juzuk dari kehidupan manusia. saya mahu memberi contoh yang amat mudah. jom petang ni kita pergi main badminton nak? aku nak lawan kau. hasilnya adalah kekecewaan atau kegembiraan. samaada saya kalah ataupun dia yang akan kalah teruk. pandaike sangat saya bermain badminton ni?

kenapa terjadi sebenini rupa? kerana ini adalah dunia. dan dunia memang diciptakan untuk sebegini rupa. kalau anda tidak mampun untuk menghadapi kekalahan, kegagalan dalam hidup anda, anda memang bukan manusia yang normal. baik anda duduk dalam bilik sorang sorang dan jangan keluar kemana. full stop. kerana anda mencari kejayaan, pernahkan anda sedar, anda secara teorinya menyebabkan seroang yang lain telah gagal. kalau anda gagal, anda telahpun memberikan kejayaan kepada orang lain. inilah yang dinamakan teory of Ismeil (hehe).

mengapa saya menulis sebegini adalah kerana sebahagian dari kita mengidap penyakit kiasu. yer. ia penting, tetapi sederhanalah dalam hidup. usah lupakan kegagalan ada dalm istilah kamus manusia. tapi itu semua adalah hak Allah. kita sebagai manusia diminta untuk berusaha selagi terdaya. yang lain serahkan kepadanya.

manusia merancang, Allah jua merancang. percayalah hasilnya kita akan pasti menikmati sesuatu yang indah. kan setiap manusia itu dicipta untuk merasai pengalaman yang berbeza dalam hidup ini. anda dibentuk dan dididik dengan cara yang berlainan. dan disitulah akan terpancar siapa anda 20 tahun akan datang. gud luck untuk mereka yang berani dalam hidup ini. dan rugilah untuk mereka yang berhati tikus. saya gembira melihat mereka yang pernah mengalami kegagalan tetapi tiada langsung memperlihatkan rasa putus asa, dan mereka berani untuk kembali mencari kejayaan. manisnya kan hidup kita.

salam sayang untuk semua

amin ismail

2 comments:

Anonymous said...

Allahu allahu...

Linda Rahim said...

do ur best, Allah will do the rest...Insyaallah