untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Friday, March 18, 2011

al kitab dalam bahasa kebangsaan

perdebatan yang hangat. anda berhak membuat perbandingan. saya lampirkan kenyataan beberapa pihak. moga kita semua akan memahaminya dengan secara ilmiah.

1. Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata penggunaan kitab Injil versi Bahasa Malaysia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan sambil mahu semua pihak membuang ideologi politik dan bercakap dari sudut Islam.
“Kita buang semua ideologi politik dan bercakap dari sudut Islam. Bahasa tidak melambangkan sepenuhnya pegangan agama seseorang, malah Nabi Muhammad juga tak halang bangsa lain menggunakan bahasa Arab.

2.Laporan The Malaysian Insider juga menyebut Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyifatkan langkah kerajaan melepaskan kitab Injil yang dirampas itu adalah satu tindakan bijak dan tidak wajar dihalang penerbitan itu.
Menurut Yang Dipertua PUM Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir, pihaknya tiada halangan dengan keputusan terbaru kerajaan ini kerana Bahasa Malaysia milik semua rakyat Malaysia termasuk yang beragama Kristian.

3.Dewan Ulama PAS tidak membantah atau menghalang penggunaan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia sambil menyifatkan ia tidak menjejaskan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Ketuanya Datuk Harun Taib berkata, penganut Kristian tidak sewajar dihalang untuk menggunakan Al Kitab memandang Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara, milik semua rakyat Malaysia.
“Bagi saya tiada masalah kalau kitab Injil digunakan dalam Bahasa Malaysia ... bukan sahaja dalam Bahasa Malaysia kalau dalam bahasa lain juga tiada masalah.
“Adakah akidah orang Islam akan terjejas dengan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia ini? Tidak, ia hanya sekadar kitab yang dibaca penganut Kristian ... itu sahaja. Jadi, kenapa mesti nak halang,” katanya kepada The Malaysian Insider.

4. Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Muhammad Nur Manuty berkata, penggunaan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia tidak akan memesongkan akidah orang Islam.
“Bagi saya tidak jadi masalah, jadi orang Melayu, orang Islam tak perlu bimbang dalam perkara ini.
“Itu adalah hak beragama dan Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara, jadi kita tidak perlu nak sekat agama lain termasuk Kristian nak gunakan bahasa ini,” katanya.
Tambah beliau, orang Islam sewajarnya berfikiran terbuka dan jangan bertindak di luar batasan dengan menghalang penganut Kristian menggunakan Bahasa Malaysia dalam kitab Injil.
“Orang tak masuk Kristian hanya kerana bahasa, jadi sebenarnya ia tiada masalah.
“Jadi buat apa nak takut atau bimbang, kitab Injil ini hanya diedarkan kepada yang beragama Kristian sahaja bukan diedarkan kepada orang Islam,” katanya.

5. Umat Islam disaran berusaha mempertingkatkan kefahaman ajaran Islam agar lebih bersedia untuk berhadapan konflik agama yang semakin kompleks.
Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Abu Qassim Nor Azmi berkata, hanya dengan akidah yang mantap, ilmu yang benar, dan nilai hikmah dapat mempertajam dan memperluas skop dakwah.
“Kita tidak harus selamanya berselindung di sebalik undang-undang yang boleh pada bila-bila masa terpinda,” ujarnya.
Justeru, PKPIM mengulangi pendirian dengan menggesa 35 ribu Al-Kitab Injil berbahasa Melayu ditarik balik dan dibekukan pengedarannya kerana terdapat unsur subjudis ekoran beberapa perkara masih dalam proses perundangan khususnya berkaitan penggunaan Kalimah Allah dan lain-lain perkataan yang menjadi pertikaian sebelum ini.


sila rujuk disini, disini dan disini

1 comment:

miszvr said...

pjam jap post ni ye... :)