untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Saturday, April 30, 2011

malaysia yang dirahmati

apa yang kita mahukan dari negara kita Malaysia tercinta. cuba tanya diri sendiri. ana muslim. i love islam. adakah islam hanya dipandang jauh. islam mencakupi kehidupan. addin itu adalah kehidupan. islam hadir dengan siasahnya, ekonominya, perundangannya. tidak hanya menutur dibibir. islam mesti dipraktikkan dikalangan jemaahnya.

sudah pasti kita manusia tidak semua sempurna. tetapi kita mampu membina kekuatan dengan membantu menegakkan perjuangan islam. perjuangan islam perlu ditegakkan melalui jemaah. jemaah itu adalah bersandarkan kepada mereka yang mahu menegakkan kalimah Allah dibumi ini, terutamanya di Malaysia. insya Allah, Dia tidak sesekali memberatkan pejuang yang berada dilandasan yang tepat.

sumpah sekarang ini seperti menjadi satu permainan mulut. sesiapa sahaja mampu bersumpah dengan nama Allah, wabillahi, watallahi. tanpa sedikitpun merasa gerun dan takut dengan sumpah laknat yang diminta. sedarkah orang yang bersumpah itu macam mana? baikkah akhlaknya? sempurnakah solatnya? adalah terhindar dari dosa dosa besar seperti meminum arak? mungkihkan kita hanya membuka ruang untuk bala Allah itu datang berkunjung dengan segera? nauzubillah.

hakikatnya, sebuah negara yang berkat adalah negara yang diperintah oleh pemerintah yang adil lagi menjaga amanat rakyat. amanat adalah suatu yang wajib dilaksanakan. dan ianya akan dipersoalkan oleh Allah nanti. manakala rakyatnya pula adalah rakyat yang menjaga akhlaknya dengan sang Pencipta. harta kekayaan diagihkan secara adil dan saksama. mereka yang miskin dibantu dan dijaga. mereka yang tidak berkemampuan dibantu dan dihargai. tiada yang merasa tertekan dengan kehidupan. semua adalah saudara seagama dan senegara. jauh lagi sifat dengki mendengki terbina antara kita.

marilah kita berdoa semoga Malaysia akan adatang adalah Malaysia yang terus berada dilandasan yang diredhai Allah. moga Allah tidak menurunkan bala keatas kita kerana sifat pendiam kita yang membenarkan kezaliman dan ketidak adilan bermaharajalela.

islam itu untuk semua. ISLAM fOR ALL. ^_^

2 comments:

Tabibbatunhawa said...

tapi, satu persoalan lah...

bagaimana kalau fitnah itu bertujuan untuk menjatuhkan PEMIMPIN fasik dan zalim?

Datuk T trio jelas sungguh berani sedangkan mereka TAHU dgan hukum Qazaf dan lian yang hanya termaktub untuk pasangan suami isteri yang di tuduh.

Sedangkan Nabi sendiri menegah untuk mencari atau mendedahkan keabaikan orang lain atau diri sendiri.

Rahmat Allah terangkat jika kita mendedahkan keiban diri sendiri di hadapan orang ramai.

Sebagai orang 'biasa-biasa' saya bermohon perlindungan dari Allah dari fitnah manusia akhir zaman dan dajjal.

May 3, 2011 8:36 AM

aku dr amin said...

:) apa maksud saudari fitnah menjatuhkan pemimpin fasik dan zalim. fitnah bermaksud berkata yang tidak benar kepada seorang yang lain. ^_^