untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Wednesday, March 16, 2011

peperiksaan perubatan (qualifying examination)

antara perbincangan menarik akhir akhir ini adalah cadangan oleh pihak kerajaan untuk melupuskan akta perubatan 1971. dengan pelupusan akta ini bermakna kerajaan tidak akan menghalang mana mana pelajar yang ingin belajar ilmu perubatan dimana mana negara didunia ini termasuklah kolej kolej perubatan yang tidak diiktiraf oleh kerajaan malaysia, dengan syarat mendapat pelepasan dari kementerian pengajian Tinggi. ini bermakna senarai 375 universiti dan kolej perubatan diseluruh dunia yang diiktiraf oleh kerajaan akan dimansuhkan. selepas tamat dan mendapat ijazah perubatan dari negara berkenaan, pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan perubatan yang akan memastikan samada pelajar tersebut akan dapat mempraktis kerjaya di malaysia ataupun tidak.

sebenarnya cadangan seperti ini menjadi perdebatan yang hangat memandangkan sebelum ini telah pun berlaku perdebatan dan kenyataan kenyataan berkenaan ketidakmampuan graduan perubatan dari luar negara yang dikatakan majoriti dari negara russia dan sebahagian yang lain yang tidak mempunyai kemahiran mencukupi untuk mempraktiskan kerjaya mereka dimalaysia.

antara pandangan yang diutarakan oleh seorang pakar Neurologist dari Uni. Malaya Medical Center ( rujuk NST 15 mac) , mengatakan pemansuhan ini akan menyebabkan lebih ramai pelajar akan menyertai universiti yang kurang diketahui semata mata untuk mendapatkan satu ijazah.

pada satu bentuk, walaupun saya percaya peperiksaan ini mampu untuk menguji para pelajar dan menafikan mereka yang tidak kompeten untuk menjadi seorang doktor, sudah pasti untuk mereka yang gagal dalam peperiksaan ini akan mengalami kerugian selepas 5 ke tuhuj tahun bertungkus lumus dalam pengajian.

apa yang patut dilakukan adalah kerajaan seharusnya terus dengan akta ini dan melakukan pemeriksaan berkala dengan melawat ke universiti universiti yang telah mendapat pengiktirafan oleh kerajaan malaysia. walaupun peperiksaan perubatan ini mahu diwujudkan, ianya perlu dilakukan melibatkan semua pelajar graduasi dari luar negara dan juga dalam negara untuk memastikan keadilan kepada pelajar. kenyataan yang mengatakan pelajar graduasi dari universiti tempatan tidak perlu menduduki peperiksaan perubatan memandangkan univeristi tempatan mendapat penjagaan dan pengalaman yang cukup tidak memadai memandangkan kebanyakan pelajar yang mendapat pendedahan diluar negara adalah rata rata terdiri dari mereka yang mendapat kecemerlangan dalam SPM lebih dari mereka yang menuntuk didalam negara.

memang tidak dapat dinafikan, pendedahan perlu memandangkan pelajar yang belajar diluar negara tidak mendapat pendedahan yang cukup berkenaan dengan sistem yang ada di malaysia. oleh itu diharapkan sekembalinya mereka ke malaysia, mereka dapat menjadikan masa 2 tahun untuk 'housemanship' sebagai masa yang paling berguna dalam memahami sistem yang ada dinegara ini sebelum bergelar seorang doktor. 



1 comment:

Anonymous said...

bro,u medic student ke?nk tnye skit..kalu ada diploma in medical lab technologist bol continue degree in medicine ke?pointer 3.5 above la..university mane ade yee?kalu swasta mahal sngt la bro..
thanks!
kalu dpat please reply pegi email sye..
need_panadol187@hotmail.com
thanks bro!