untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Thursday, February 3, 2011

kepada siapa mahu diluah kan segalanya

hari ini sudah 4/2/11. banyak yang berlaku akhir akhir ini. ayah semakin kerap menelefonku bertanya perihal adik di mesir. Amin selalu la contact adik di mesir tanya khabar. ayah nak call sekejap je dah habis duit. kata ayah. ye ayah. dan aku hampir setiap hari menelefon adik bertanya khabar. mula mula terasa mahu memarahi pihak berkuasa kerana lambat bertindak. sekarang ini, alhamdulillah kerajaan telahpun mengerahkan pasukan penyelamat bergerak ke mesir untuk mengeluarkan pelajar pelajar ke jeddah di arab saudi. ibu dan ayah pun sudah pasti lega dan gembira. anak mereka sudah selamat insya Allah. tatkala bersembang dengan ibu, ibu nampak sangat gembira tatkala mendengar suara aku yang bergelak ketawa. sudah lama juga aku tidak bergelak ketawa secara bersungguh sungguh. maklumla sunguh banyak dugaan menimpa dalam hidup ini sepanjang setahun yang lalu.

12/2/11 ini insya Allah peperiksaan akhir pathology akan mula. praktikal pada 24/2. seterunya selepas peperiksaan, aku akan segera pulang. sudah lama tidak menjejakkan kaki di bumi serambi mekah. rindu sudah pada masakan ma. rindu sudah mahu menolong ayah dengan kerja kerjanya. rindu sudah mahu melihat anak anak sedara yang ramai. sudah ada ahli yang baru. mahu berkenalan dengan mereka. tatkala mereka dilahirkan, aku jauh di perantauan. mahu menyambung kembali tautan tautan kasih yang sudah lama tidak di eratkan. rindu sudah pada anak anak sedara yang tersangat ramai.

abang azuhan pun sudah pasti melangsungkan perkahwinan pada bulan 6 nanti. walaupun aku tidak dapat menghadirkan diri pada waktu itu, cukupla dapat bersua muka pada mac nanti. nampaknya keluarga kami makin berkembang pesat. yang sudah berkahwin pun tersangat subur. rezeki dari Ilahi jangan ditolak, itulah azimat keluarga kami. mungkin kerana itu keluarga kamu menjadi satu keluarga yang besar. selepas azuhan berumah tangga nanti yang tinggal adalah kami empat beradik lagi. dan aku akan pasti menjadi kakanda yang sulung yang masih bujang lagi.

hari ini tahun baru cina. semalam dapat makan bersama jun long. simple sahaja. makan pizza, mee sup, air soya dan semestinya limau mandarin. hari ini, kami berempat, aku, jun long, charles dan radzi, kami dinner di pizza corner. selepas makan aku menemani mereka sekejap bermain ps3. rasa seperti sesuatu yang tidak enak sepanjang malam ini. hati tidak tenteram. rupa rupanya ditakdirkan Ilahi, sandle NIKE yang baru sahaja aku beli 3 bulan lalu di curi oleh mereka yang tidak bertanggung jawab. sedihnya tidak kepalang. mahal juga sandle NIKE original ini. takdir Ilahi. sudahlah 3 hari lepas kena denda dengan polis FRO kerana terlupa menyambung residential permit. dah expire 6 bulan. nak pulang ke malaysia baru aku perasan. sedihnya kerana rezeki selalu tidak dipihak aku.

hanya dia yang mengetahui segala sesuatu. moga Allah mengampuni dosa dosaku. selamat berjuang buat sahabat sahabat yang bakal menduduki peperiksaan pada 12/2/11 nanti. insya Allah aku akan pulang bercuti dimalaysia pada 24/2/11 -24/3/11. doakan agar lulus dengan cemerlang. insya Allah


No comments: