untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Wednesday, January 26, 2011

menghormati prinsip asas agama

Kita patut ada rasa bertuah kerana dilahirkan dibumi malaysia tercinta. Asas kepada dakwah itu terbentang luas. kalau pada zaman Nabi dahulu, Baginda diutuskan untuk menyampaikan dakwah kepada musyrikin mekah, yang menetap disekitar kawasan Nabi itu sendiri. kita diMalaysia, hidup disekitar kita juga dengan masyarakat non muslim. seakan sama dengan apa yang telah dilalui Rasulullah. yang tinggal hanyalah keupayaan kita keluar dari pemikiran kolot ummat melayu malaysia yang mengatakan islam adalah agama eksklusif melayu.

islam adalah rahmat untuk semua. islam for All. tapi tidak bermakna islam adalah patut dipaksakan kepada mereka yang non muslim. islam For All adalah satu slogan yang cukup murni. menunjukkan Islam adalah penjaga kepada semua ummat tanpa mengira agama. Islam memberikan keadilan , menjaga prinsip prinsip asas kemanusiaan, menghormati budaya sesuatu kamu dan agama, resam nenek moyang. antara prinsip prinsip yang ingin ditekankan adalah, dibawah pemerintahan islam, islam memberi hak dan kebebasan kepada rakyat dalam menjalani hidup yang sempurna. bersumberkan batasan hukum syarak bagi masyarakat islam. ada hukum hukum yang perlu melalui garis panduan.

bagi masyarakat non muslim, islam tidak membezakan mereka dengan masyarakat islam. mereka adalah warganegara yang sama, berhak mendapat hak yang sama. kerana Islam tidak dilahirkan bersumberkan paksaan dan penindasan. islam lahir bersumberkan asas kepercayaan. dengan nilai dakwah yang santun. tiada paksaan untuk non muslim dalam merayakan prinsip prinsip sosial mereka. seumpama minum arak, makan daging khinzir, perayaan agama, pemakmuran rumah rumah ibadah kaum masing masing. kerana islam menganggap semua ummah itu asalnya dari yang satu, Adam.

kembali kepada prinsip negara islam yang ingin diamalkan, fungsi hukum islam adalah untuk menjaga masyarakat islam mengikut norma norma dan kepatuhan penganut islam kepada agama. ia menjamin kepatuhan penganut kepada prinsip asas dalam beragama. ketidaksenangan masyarakat non muslim dalam hal ini perlu diperjelaskan kepada mereka bahawa, prinsip asas ini tidak sesekali menyentuh kehidupan sosial masyarakat non muslim. ia hanyalah khusus kepada masyarakat islam. seumpama puasa, solat, haji, mengeluarkan zakat, hukum minum arak, hukum berzina tanpa kahwin dan seumpamanya. ini adalah hukum hukum yang tertakluk kepada masyarakat islam sahaja. tidak ada paksaan kepada yang non muslim.

perjelasan sebegini penting agar masyarakat non muslim memahami prinsip prinsip asas umat islam. kerugian kita hanyalah selepas 50 tahun merdeka, kita masih lagi tidak mampu menjelaskan prinsip prinsip asas sebegini kepada kawan kita non muslim. sehinggakan melahirkan ketakutan kepada mereka. kalau nak laksanakan islam, semua kena masuk islam. semua kena potong anu, nanti kena potong tangan. nanti kena simpan janggut. nanti tak boleh makan babi kerana semua ladang babi kena haram. ini tidak betul. asas inilah yang menimbulkan ketakutan non muslim kepada islam.

ada yang bertanya saya, macam mana nak dakwah kepada non muslim? nak ajak masuk islam ke? saya menjawap. tak payah. kerugian kita adalah kita suka berada dalam kelompok melayu kita sahaja. kita kena berkawan dengan semua. semua malaysia. yang perlu adalah pemahaman mereka tentang prinsip prinsip asas islam itu. bahawa kita kena sembahyang solat 5 waktu sehari. wanita islam kenapa perlu pakai tudung, kenapa kita tidak boleh minum arak. baru akan melahirkan semangat persaudaraan. sehingga melahirkan perasaan toleransi mereka kepada kita. 

kerana itu santunnya masyarakat yang memahami agama kerana mereka faham antara nilai mencintai agama dengan prinsip taksub membuta tuli. mencintai agama adalah dengan menjaga maruah agama dari tercemar dengan pandangan negatif masyarakat berbilang bangsa. sebagaimana prinsip asas menghormati sesama agama.

setiap agama itu ada kepercayaan yang berhak diikuti dengan ikhlas oleh penganutnya. sudah tentu kata kata yang dianggap mempersoalkan pegangan dan fahaman seseorang akan dinilai sebagai satu perbuatan yang tidak menghormati kaum yang lain. kita sepatutnya belajar dari masyarakat yang berlainan bangsa untuk memahami kehidupan dan kepercayaan mereka.

1 comment:

Ummi Munaliza said...

Bertuah dilahir sebagai mukmin lagi bagus. Merasai nikmat Islam dan Iman yang sempurna. Itu patut di syukuri.